Events By: Salma Syahbuddin June 12, 2018 @ 3:04am

Catat 400 Juta Tontonan, Rangkaian Televisyen Media Prima Kekal Nombor Satu

TV3, 8TV, ntv7 dan TV9 kekal menjadi pilihan penonton majoriti rakyat Malaysia sehingga mampu mencatat jumlah tontonan sebanyak 400 juta sepanjang Mei lalu dan ini sekaligus mencatat 81 peratus penonton TV sahaja.

Menurut Pegawai Eksekutif RangkaiAn Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata jumlah tontonan itu mencatat angka yang paling tinggi sepanjang tempoh lima tahun.

“Dengan catatan jumlah ini secara tidak langsung, program berita MPTN masih kekal nombor satu. Itulah menjadi sebab kenapa menggabungkan berita kerana negara kita bermasyarakat majmuk. Jumlah yang dicatat juga menunjukkan peningkatan berterusan bukan sahaja pada malam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ia juga bukti orang kita kembali menonton Buletin Utama di TV3.” Katanya

Tambahnya lagi, kejayaan besar ini didorong oleh tiga faktor utama iaitu ketetapan dan ketulusan berita, kepantasan berita yang disalurkan dan etika kewartawanan.

“Apabila berlaku perubahan kerajaan, masyarakat memainkan sentimen ini. Jadi kita mengambil pendekatan dengan melatih untuk menyampaikan berita mengikut etika kewartawanan yang betul. Saya berharap perkara ini berterusan dan meletakkan program berita MPTN sentiasa unggul bukan sahaja di kaca TV malah menerusi platform online.” Jelasnya

Berdasarkan laporan firma penyelidikan pengguna dan media, Nielsen Malaysia juga, Buletin Utama kekal menjadi program berita nombor satu apabila mencatat jumlah tontonan sebanyak 3.78 juta sehari sepanjang Mei. Dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak enam peratus berbanding pada bulan April iaitu 3.57 juta.

Sementara itu, berita 8TV Mandarin kekal nombor satu apabila mencatat jumlah tontonan 1.3 juta dan Mandarin 7 mencatat 900,000 dan Berita TV9 masing mencatat jumlah tontonan sebanyak 1.7 juta.

Johan Ishak juga turut berkongsi, portal online daripada Kumpulan NST iaitu Harian Metro Online, BH Online dan NST  Online berada dalam kedudukan top 5 sempena PRU-14 iaitu pada 9 dan 10 Mei lalu.

Harian Metro mencatatkan jumlah pelayar 8.4 juta, BH Online dengan 4.8 juta dan NST Online sebanyak 2.6 juta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022

“Pakai Rompers Ke Tu?” – Fesyen Nora Danish Dikritik, Netizen Dakwa Sengaja Nak Bukti Badan Kurus?

Nampak macam rompers tapi tolak tepi, yang penting style kot 😂😜

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Kenapa Menangis Depan Saya?’- Naz Rahman Terkejut Didatangi Individu Tak Dikenali

Benar kata orang, kita akan dapat tahu segala kebaikan seseorang setelah dia meninggal dunia.

Drama Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Sat, 17 Jun 2023

Selamat Bersalin Anak Kedua, Juliana Evans Kongsi Wajah Anak

Comelnya baby girl Juliana Evans ❤️❤️ Tahniah!

Featured Sat, 14 May 2022
Hiburan Tue, 9 May 2023