Hiburan By: SGMS Faida March 30, 2019 @ 4:51pm

‘ Bukan Tak Mahu Berlakon Tapi…’- Fattah Amin Jawab Laporan Kurang Job Lepas Kahwin

Pelakon Fattah Amin mengaku memperlahankan karier lakonannya sejak bergelar suami kepada aktres Fazura pada penghujung 2017.

Kata jejaka berusia 29 tahun ini, karier seninya tidak serancak dulu bukan kerana tidak menerima tawaran daripada mana-mana pihak produksi.

“ Ia keputusan saya sendiri dan bukan sebab saya tidak ada tawaran lagi. Saya mahu lebih teliti menerima tawaran yang datang.

“ Saya yang memilih untuk jarang muncul. Ini kerana bila sudah berkahwin, tanggungjawab saya sudah lain,” katanya.

Tambah Fattah, dia menafikan dirinya sukar menerima tawaran disebabkan kehadiran pelakon baharu yang ramai ketika ini.

“ Alhamdulillah tawaran sentiasa ada tetapi saya mahu lebih teliti. Saya juga perlu fokus dengan perniagaan dan projek lain juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fattah baru sahaja menghabiskan penggambaran filem epik Mat Kilau iaitu filem arahan Syamsul Yusof.

“ Saya membawakan watak sebagai Awang dalam filem itu. Ia adalah sebuah cerita dan watak berat. Antara cabaran yang saya perlu dilalui adalah menjayakan babak berendam di Sungai Perak pada jam tiga pagi.

“ Pada saya, naskhah ini akan membawa satu impak baharu dalam dunia perfileman. Pelakon yang turut menjayakan filem ini juga punya nama besar. Sudah pasti saya teruja bekerjasama dengan Datuk Adi Putra, Johan As’ari, Beto Kusyairy, Wan Hanafi Su dan A Galak.

“ Kalau mahu katakan pecah panggung, itu adalah rezeki. Bagaimanapun, saya harap peminat akan memberikan sokongan dan karya ini mendapat sambutan hangat,” katanya.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

林国伟沉寂六年改名「林咖啡」再出发!

沉寂六年终于等获发片机会!Kopi林国伟改名「林咖啡」再出发,两个月瘦十公斤挑战自己。

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

One FM「唱K大聚会」圆满落幕!

One FM「唱K大聚会」圆满落幕!活动当天送出了总值超过一万令吉的奖金奖品,让出席的听众朋友个个满载而归。

Kes Mahkamah Thu, 4 Apr 2024
Featured Thu, 25 May 2023
Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Nazim Othman Dilamun Cinta?

Rata-rata memberikan komen gembira sekiranya Nazim benar-benar sudah berpunya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Nazim bahagia dengan cinta barunya.