Hiburan By: SGMS Faida April 12, 2018 @ 8:21am

Hafiz Hamidun Mengaku Hampir Gila

“ Jangan jadi macam saya. Saya ingatkan diri ini kuat, saya kerah tenaga untuk selesaikan masalah sendiri. Ternyata salah, ia memudaratkan diri. Saya hampir gila kerana terlalu tertekan,” luah penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun yang melalui episod duka dalam hidupnya akibat penceraian.

Hafiz yang bercerai dengan usahawan produk kecantikan, Joy Revfa pada Oktober lalu menasihatkan pasangan berkahwin agar mengambil pengajaran daripada kegagalan perkahwinannya.

“ Saya perlukan sokongan dan tidak boleh memendam masalah bersendirian. Mujur saya cepat sedar dan berjumpa pakar psikiatri untuk meminta pandangan. Sejak itu, saya banyak luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan untuk pulihkan semula kekuatan yang hilang,” katanya.

Bersyukur apabila episod hitam itu tidak lagi dibangkitkan, Hafiz berkata, setiap apa juga masalah antara dia dan bekas isterinya sudah diselesaikan dengan baik, serta mengikut saluran yang betul.

“Alhamdulillah, tiada lagi yang bertanya mengenai saya dan Joy. Saya juga tak mahu lagi antara kami ada masalah kerana semuanya sudah diselesaikan dengan baik.

“Saya berharap pihak lain juga sudah melupakan perkara ini. Tidak perlu diungkit atau dipanjangkan lagi kerana fokus saya kini hanya kerjaya,” katanya kepada BH Online.

Akui Hafiz lagi, dia tidak menutup pintu untuk bercinta lagi namun ingin tumpukan perhatian terhadap kariernya dahulu.

“ Segala rancangan sedang disusun bagi tahun ini termasuklah mempromosikan single balada terbaru, Jangan Berhenti yang dihasilkan bersama komposer, Azlan Abu Hassan.

“Lagu ini saya jadikan sebagai motivasi untuk diri,” katanya yang mengambil masa dua minggu menyiapkan lirik lagu ini.

Hafiz turut menafikan lagu ini berhubung kait dengan penceraiannya.

“ Ia bukan kisah penceraian saya, dah lama tutup buku. Lagu ini mengenai perjalanan saya menempuh hidup baharu,” akhirinya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Isu Mosh-Pit Ketika Konsert, Masdo Berhasrat Nak ‘Educate’ Penonton

Boleh nak mosh tapi kena ikut kesesuaian lagu lah kan?

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Bekas Suami Punya Pasal, Duit RM200,000 Milik A. Aida Lesap?

Sebanyak dua transaksi dibuat pada waktu subuh pada 1 Mac lalu membabitkan bekas suaminya, Ariff Aziz.

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Impian Beli Rumah, Kereta Mewah Tercapai

Berkat kesungguhan dan doa dari ibu bapa, apa yang diimpikan akhirnya tercapai juga untuk membalas jasa orang tua

Featured Tue, 9 May 2023
Featured Mon, 17 Oct 2022
Events Fri, 20 Dec 2019

Misi Media Prima Digital Raikan 40 Anak-Anak Asnaf Dan Yatim Tonton Ejen Ali The Movie

Musim cuti sekolah kembali lagi dan pasti ramai yang merancang untuk membawa anak-anak khususnya pergi bercuti atau berhibur di hujung tahun. Mengambil kesempatan ini, lebih 10 orang sukarelawan daripada Media Prima Digital telah melaksanakan aktiviti […]