Hiburan By: SGMS Faida October 30, 2019 @ 3:17pm

‘Kalau Ada Jodoh, Saya Terima’ – Usop Jawab Gosip Dengan Masya

Penyanyi kelahiran Mentor 2017, Usop tidak menolak ketentuan sekiranya bertemu jodoh dengan rakan baiknya, Masya Masyitah.

Namun begitu Usop ketika ditemui di konsert minggu pertama Mentor Milenia 2019 memberitahu hubungannya dia dan Masya buat masa ini ibarat adik dan abang sahaja.

“Kami rapat sebab sekampung. Bukan rapat sampai tahap bercinta, saya anggap dia seperti adik sendiri. Ramai yang suka tengok kami bersatu dalam karier nyanyian.

“Saya masih sendiri dan belum mempunyai kekasih hati. Tetapi kalau dah jodoh saya dengan dia, saya terima. Cuma buat masa ini saya mahu fokus kepada karier seni lagipun saya masih muda,” kata lelaki berusia 22 tahun ini.

 
 
 
View this post on Instagram

Kalau hampa nak tengok kami sembang apa boleh pi dekt youtube channel @masyitah_masya ?

A post shared by Usop ? (@usopofficial) on

Sementara itu, Usop yang baru melancarkan single berjudul Selamanya berhasrat untuk merakam lagu duet bersama Masya di masa akan datang.

“Kalau ada rezeki saya mahu berduet dalam sebuah lagu dengan Masya. Cuma hasrat saya belum dimaklumkan kepadanya. 

“Kalau dia sudi saya berbesar hati untuk hasilkan lagu bersama dia. Insha Allah doak-doakan dipermudahkan urusan untuk realisasikan projek ini,” akhirinya.

 
 
 
View this post on Instagram

Alhamdulilah syukur? #UsopSelamanya #Selamanya #Rocketfuelent

A post shared by Usop ? (@usopofficial) on

Dalam perkembangan lain, Usop yang juga bekas protege Hazama kini sibuk mempromosikan single kedua berjudul Selamanya.

“Alhamdulillah, ia mendapat sambutan baik peminat dan kini sudah mencecah lima juta tontonan di YouTube dalam tempoh tiga bulan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 20 Feb 2024
Featured Mon, 17 Oct 2022

[VIDEO] VIRAL! Tersalah Melabur, Akhirnya….

Ingat! Jangan salah melabur okay…🤩

Featured Thu, 24 Nov 2022

Tuduhan Berjaya Dibuktikan, Siti Bainun Menangis Perlu Bela Diri

Semoga keadilan berpihak pada yang benar!

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Kenapa Menangis Depan Saya?’- Naz Rahman Terkejut Didatangi Individu Tak Dikenali

Benar kata orang, kita akan dapat tahu segala kebaikan seseorang setelah dia meninggal dunia.

Hiburan Thu, 9 Nov 2023