Hiburan By: Salma Syahbuddin September 3, 2018 @ 5:27pm

Kena ‘Bahan’ Di Instagram Perkara Biasa, Tak Payah Komen Lebih-Lebih – Zarina Anjoulie

Beberapa hari lepas kecoh apabila gambar Zarina Anjoulie memakai pakaian seksi bersama penyanyi, Ismail Izzani tular dimedia sosial. Apatah lagi semua sedia maklum gambar tersebut tersebar pada Hari Kemerdekaan yang Ke-61.

Gambar yang dimuat naik oleh Pelakon penuh kontroversi, Fathia Latiff bagaimanapun telah dipadam semula beberapa minit selepas gambar tersebut dimuat naik  menerusi akaun instagram beliau.

Bagaimanapun, Ismail Izzani telahpun memohon maaf kepada keluarga, peminat serta pihak pengurusannya berhubung perkara tersebut. Dalam gambar yang dimuat oleh Fathia Latiff itu, Ismail Izzani kelihatannya memeluk pinggang Zarina yang kelihatannya tidak mengenakan hijab dan memakai pakaian jarang. Berbeza sekali dengan penampilan beliau sekarang yang lebih tertutup dan sopan.

Namun, menurut Zarina Anjoulie gambar yang tersebar itu adalah gambar lama dan rakan baiknya iaitu, Fathia Latiff sengaja mahu membahan beliau dengan memuat naik gambar tersebut dilaman sosialnya.

 

“Saya dan Fathia memang berkawan rapat sejak dahulu lagi da orang takkan faham tentang hubungan kami. Kena bahan dalam IG itu perkara biasalah sebab dia pun buat benda yang sama sampaikan mengeluarkan semula gambar saya tak bertudung. Orang terus anggap saya nak buka tudung dan sebagainya pada hal itu adalah cara kami bergurau dan bersahabat. Sebab itu kalau tak kenal kami berdua tak payah nak komen lebih sangat.” Katanya

Apapun, Ismail Izzani masih tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut tentang perkara ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 28 Mar 2018

Hanya Guna Vending Machine, Korang Dah Boleh Beli Kereta…

Menerusi aplikasi berkenaan, pembeli harus menyatakan waktu penghantaran kereta. Bagi tujuan keselamatan, pembeli harus selfie terlebih dahulu bagi memastikan penghantaran dibuat kepada individu yang tepat.

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Ibu Mawi Meninggal Dunia

Berita sedih ini dikongsi kepada pengikut mereka menerusi laman Instagram radio Zayan.

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Remy Ishak Dedah Pernah Alami Depresi

Bagi saya real man akan face the problem

Hiburan Wed, 21 Nov 2018
Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Kemelut Selesai…Vida Pamer Barang Kemas Untuk Aishah!

Vida memasukkan dua batu berlian 1 karat potongan bulat bernilai RM 27,100 dan 0.70 karat berlian potongan `puteri’ bernilai RM12,920 ke balang makanan ringan produk miliknya.