Drama By: Syafiqa Irdina March 11, 2020 @ 12:54pm

“Kita Kawan Bukannya Lawan” – Budak Tebing Hiasi Slot Lestary TV3 Malam Ini, Rugi Tak Tengok!

Adam Lee kena hukum? Apakah yang telah berlaku kepada pelakon berbakat ini? Jangan melatah dulu, kejadian tersebut hanya berlaku dalam drama terbaharu yang akan disiarkan di TV3 Mac ini!

Bulan ini, Xtra nak bawa kepada korang drama menarik yang sarat dengan pengajaran yang melibatkan unsur kasih sayang, ikatan kekeluargaan dan perasaan benci hasil dari kisah lampau. Jurang perbezaan dalam status sosial seperti kaya dan miskin turut ditekankan dalam drama baru ini. 

Slot Lestary TV3 kembali dengan drama bersiri terbaharu iaitu ‘Budak Tebing’ yang akan bersiaran pada hari ini jam 9 malam.  Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd, arahan Feroz Kader ini menekankan nilai-nilai persahabatan, persaudaraan, kekeluargaan dan percintaan dalam kehidupan seharian ‘budak tebing’. 

Watak utama drama ini dilakonkan oleh Adam Lee sebagai Arif dan Eyka Farhana sebagai Munira. Drama ini turut diserikan dengan lakonan artis-artis berbakat seperti Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Syazwan Zulkifly, Amyza Aznan, Alex Afian, Sabrina Ali, dan juga Zarina Zainuddin . Nantikan drama ini bermula  hari ini, setiap Rabu hingga Jumaat pada jam 9.00 malam

 

Geng “Budak Tebing”

 

 

Drama ‘Budak Tebing’, mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’. 

Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. ‘Budak Tebing’ turut menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur. 

 

 

Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya. Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau? Saksikan drama ini untuk mendalami lagi kisah ‘budak tebing’ ini !

 

Confirm drama ini akan memberikan impak dan teladan buat kita semua. Jangan lupa saksikan Budak Tebing hanya di  TV3, aplikasi Tonton dan juga Live TV Xtra okay!

Sumber: Instagram Drama Sangat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Dec 2022

Jawab Q&A Session, Naufal Isa Kongsi Erti Sahabat Sejati – “Walaupun Jauh Kita Masih Doakan Dia”

Pempengaruh, Naufal Isa yang sering muncul dengan kandungan motivasi menjelaskan erti sahabat sebenar. @naufal.isa Sahabat ni,melengkapkan. Bukannya saling mencari kesalahan. Sahabat ini juga bukan soal sejauh mana sempurnanya kita. Tetapi soal sejauh mana kita saling […]

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Ini Respon Win Intan Liana Bila Tahu Izreen Azminda Mengandung

Bukan main lagi Intan eh, dah ada pengganti ke tu?

Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

Tempoh Sebulan Jantina Sebenar Akan DiKetahui

Buat anda semua yang tertanya-tanya, dalam tempoh sebulan JAKIM bakal memberi jawapan ye

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Featured Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Sat, 13 Jul 2019