Hiburan By: Salma Syahbuddin October 25, 2019 @ 2:32pm

Nabila Razali Jadi Mangsa Dendam Siapa Tu?

Shukri Yahaya berkasar pada Nabila Razali kerana dendam?

Nabila Razali dikatakan pernah bercinta tetapi meninggalkannya suatu waktu dahulu. Disebabkan itu, Shukri menyimpan dendam pada Nabila. Tetapi dendam Shukri pada Nabila sebenarnya hanyalah dalam drama. Mereka berdua akan bergandingan dalam drama terbaharu yang bakal bersiaran di slot Lestary iaitu Pesan Pada Hati mulai 25 Oktober ini. 

Sumber : www.xtra.com.my

Selain Shukri  Yahaya dan Nabila Razali, drama arahan terakhir pengarah allahyarham Raja Ahmad Alauddin ini turut dilakonkan oleh Sara Ali, Jasmin Hamid, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Arja Lee, Chacha Maembong dan ramai lagi. 

Pesan Pada Hati mengisahkan mengenai Yusuf dan Zulaikha yang jatuh cinta namun terputus di tengah jalan. Pertemuan pertama akibat perselisihan faham di stesen komuter di antara Yusuf (Shukri Yahaya) dan Zulaikha (Nabila Razali) yang tidak disangka dalam diam telah menimbulkan bibit cinta secara tidak sengaja. 

Pada awalnya, Zulaikha tidak menyukai Yusuf dan sering jual mahal apabila Yusuf ingin mendekatinya. Zulaikha juga risau kerana ibunya, Hajar (Liza Abdullah) pernah berpesan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki di Kuala Lumpur. Hajar kecewa apabila anak yang paling disayanginya, Aakif tidak pernah pulang ke kampung lagi setelah berkahwin dengan gadis bandar. 

Apakah agaknya yang berlaku kepada Aakif, Yusuf dan Zulaikha?

Mungkinkah tiada lagi cinta di hati Yusuf buat Zulaikha? Pastikan anda tonton kesudahan cinta di antara Yusuf dan Zulaikha ini setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam di TV3. Ikuti juga lama sosial Facebook, Twitter, Youtube,  dan Instagram TV3 serta instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat untuk info menarik mengenai drama Pesan Pada Hati. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jun 2019

‘Kalau Cari Lain, Takkan Jumpa Macam Dia’- Aliff Aziz Rindu Bekas Isteri?

Saya tahu ramai orang bertepuk tangan dan ada mengatakan saya berhak mendapat balasan ini.

Events Mon, 10 Dec 2018

Hilton Petaling Jaya Brings Joy to Children from Rumah Jaireh this Christmas

It was a gorgeous Christmas experience for the children.

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Makhluk Penggoda Bukti Sajat Boleh Menyanyi?

Bagi Sajat, dengan terbitnya single Makhluk Penggoda ini mampu meletakkan beliau dalam industri muzik tanah air. Dan berharap, agar single pertamanya ini juga mendapat tempat dihati peminat-peminat beliau

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Featured Wed, 29 Jun 2022
Hiburan Wed, 12 Sep 2018

四人飙唱《不曾告别》摇滚版!潘越云、齐豫、娃娃和郑怡「云顶开战」

华语乐坛跨时代的「仙级」女歌手齐豫、潘越云、郑怡和娃娃(金智娟)将于11月10日(星期六)在云顶云星剧场首度同台开唱!

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Featured Mon, 20 Feb 2023