Hiburan By: Del14 January 15, 2020 @ 8:25pm

Puteri Balqis Terima Sumbangan Lebih RM100,000 Selepas BersamaMu

Setelah kisah kesusahan hidup pelakon cilik, Puteri Balqis (13) dan ibunya ditayangkan dalam program Bersamamu di TV3 Ahad lalu, ramai orang yang prihatin dengan masalah yang dihadapi kanak-kanak yang pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin yang ke-18. 

Ramai yang meminta supaya bakat Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish tidak dipersia-siakan dan dia diberikan ruang untuk kembali beraksi di dalam industri seni. 

Program Bersamamu telah membuka mata ramai pihak yang mungkin selama ini tidak menyedari masalah dan penyakit yang dihidapi Aqish, dan pihak Finas juga tidak terkecuali. 

Datuk Hans Isaac, selaku Pengerusi Finas menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya telah berkongsi dengan umum, tindakan yang akan diambil Finas bagi membantu Balqis.

 
“Saya telah meminta pihak Finas untuk memberi perhatian dan bantuan kepada Puteri Balqis.  Dengan gembiranya saya umumkan yang kami sedang di dalam proses untuk memberi sedikit sebanyak bantuan kepadanya (sebagai sebuah agensi, kami masih memerlukan sokongan disertakan dengan dokumentasi lengkap sebelum apa-apa bantuan boleh dihulurkan kepada individu yang berkenaan).
 
“Apa-apa bantuan kewangan akan diberikan terus kepada pihak ketiga bagi membiayai pembelajaran atau bil perubatan Balqis,” tulis Hans sebagai kapsyen. 
 
 Hans juga berkata yang dia sudah berbincang dengan pihak Astro dan Media Prima bagi menghulurkan bantuan kepada Balqis.
 
Memetik laporan NST, Hans berkata, menurut sumber daripada Media Prima, setelah Bersamamu ditayangkan, ramai yang tampil memberi sumbangan kepada Balqis dan ibunya, termasuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia. 
 
Sumbangan yang diterima sehingga kini dikatakan berjumlah lebih RM100,000 malah kesemua buku puisi Balqis juga sudah habis dijual dan akan dicetak semula bagi memenuhi permintaan. 
 
Kredit Foto: Instagram @hansisaac & @rockingbalqis 
 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023
Trending Mon, 13 Jun 2022

OMG Bestnya! Sekuel Squid Game Kegemaran Ramai Kembali Dengan Wajah Baru

Siapakah wajah terbaru Squid Game? Musim kedua bakal ditayangkan di Netflix.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Siapa Yang Cemburu Dan Ugut Elizabeth Tan?

Ada orang cemburu dan mahu menyimbah asid ke muka Elizabeth Tan.

Hiburan Sun, 24 Dec 2017

Ketepi soal jodoh, Hans akui penat

Tumpuannya kini hanya untuk kerjaya dan soal jodoh diketepikan buat seketika.

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Thu, 23 Jan 2020

Jadi Rebutan, Hun Haqeem Redha Tak Cukup Tidur

Jangan sampai jatuh sakit ok?