Hiburan By: SGMS Faida April 11, 2019 @ 1:20pm

Thalia Rasul Bakal Bercerai Kali Kedua

” Apapun yang terjadi selepas ini, saya reda,” itu luahan penyanyi Thalia Rasul yang mengaku bakal bercerai buat kali kedua tidak lama lagi.

Kata penyanyi Diratah Hiba ini ketika ditemui XTRA, dia enggan menyalahkan takdir atas apa yang terjadi malah menganggap ini waktu tepat untuknya bermuhasabah diri. 

” Jujurnya, hubungan kami masih berjalan seperti biasa namun mungkin saya perlu terima ketetapan bahawa kami lebih sesuai menjadi sahabat. Kami berpisah secara baik. 

” Dia juga merupakan suami yang baik malah menyayangi anak saya seperti anaknya sendiri,” kata Thalia yang memiliki seorang cahaya mata, Keisya Lestari berusia tujuh tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Thalia berkahwin dengan Azam Abdullah yang merupakan personaliti RTM pada tahun 2015 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Akui Thalia atau nama penuhnya Ketty Natalia Rasul Khan, meskipun bakal hidup bersendiri semula, dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki yang ikhlas dengannya.

” Nak cakap serik, tak juga. Saya percaya percaturan Allah itu lebih indah dari perancangan manusia. Mungkin ini ujian buat saya untuk lebih dekat dengannya. Insha Allah doakan agar urusan saya dan anak lancar meskipun tiada suami di sisi,” akhirinya.

Untuk rekod lama, Thalia pernah berkahwin pada tahun 2011 dan perkahwinannya hanya bertahan beberapa bulan sahaja ketika itu. 

Dalam perkembangan lain, Thalia bakal mengadakan persembahan di The Garden Palace, D Saji Titiwangsa pada 22 April ini. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jan 2018

Laudya Cynthia Bella Nafi Hamil?

Bella menafikan dakwaan yang dia sedang mengandung

Hiburan Fri, 8 Mar 2019
Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Terhibur Ustaz Azhar Idrus Ajar Seorang Wanita Cara Nak ‘Wefie’

Memang kelako ustaz ni.. Dengar cerita dulu UAI photographer yeke?

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

“Nak Cari Bukti Tak Ada Siapa Layan” – Awal Ashaari Menangis Terkenang Cincin Kahwin Kena Curi Di Milan

Allahu malang tak berbau, dah takde rezeki 😔 Semoga beri pengajaran buat kita semua!

Featured Tue, 29 Mar 2022

“Kenapa Pegang Anjing Tak Pakai Gloves?” – Penat Sering Didakwa Buat Kerja Haram, Doktor Veterinar Ini Jelaskan Perkara Sebenar

Haa dengar tu penjelasan daripada doktor veterinar sendiri mengenai isu memegang anjing..

Contest Wed, 27 Nov 2019

5 Fakta Menarik Kenapa Korang Patut Join Misi Ejen Ali Rush!

Jom sihat bersama Ejen Ali – Misi Ejen Rush

Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Fri, 21 Jul 2023