Hiburan By: SGMS Faida March 22, 2018 @ 9:32am

Ude Mohon Bekas Isteri Henti Drama!

Alahai, macam-macam. Nampak gaya macam tiada kesudahan pula kes penceraian mereka ni…

Bekas suami Intan Liana Salleh yang juga merupakan suami pelakon Izreen Azminda meminta agar bekas isterinya itu tidak terus ‘berdrama’.

Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30 yang merupakan pemuzik bebas turut menepis segala dakwaan dan kenyataan dikeluarkan bekas isteri pertamanya dan menyifatkan kenyataan Intan adalah pembohongan semata-mata dan sekadar ingin meraih simpati.

“Dia cakap tidak tahu salah kenapa ingin diceraikan dan kami tidak pernah berbincang masalah ini. Sedangkan dia tahu masalah dalam rumah tangga kami sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

“Saya selalu berbincang cara baik dan kalau boleh tidak mahu masalah ini diperbesarkan. Kenapa dia tidak bercakap kebenaran ini? Jadi saya agak terkilan kenapa dia mengeluarkan kenyataan ini. Tindakannya itu secara tidak langsung membuka aib saya.

“Orang mula berpandangan negatif terhadap saya sehingga ramai beranggapan saya bapa tidak bertanggungjawab dan banyak lagi. Jadi, kepada Intan berhenti drama air mata,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, masalah rumah tangganya dengan Intan sudah bermasalah sebelum dia berkenalan dengan Izreen.

 “Saya tidak mahu bercerita apa masalah kami sejak dua tahun lalu. Ia terlalu peribadi buat saya. Kalau dia nak bercerita, ia terpulang. Apa yang penting saya tidak akan bercakap apa-apa.

“Banyak kali saya ajak berbincang, tetapi semuanya gagal. Pun begitu, jika ada yang tetap beranggapan saya sebaliknya, terpulang kepada mereka kerana mereka tidak tahu apa masalah sebenar. Takkan saya nak cerita semua hal dalam rumah tangga kami.

“Jadi saya berharap netizen perlu berlaku adil dengan tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya atas diri saya,” katanya.

Terdahulu Ude dan Intan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi tadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Rindu Zaman Muda? Nah…Ini ‘Ubatnya’!

Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne, Chaleeda juga semakin dikenali di Malaysia.

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Wed, 23 May 2018

Kilafairy Dikecam Kerana Berpakaian Ketat, Nak Tayang Apa Tu?

Gambar tersebut juga seterusnya menimbulkan perbalahan apabila Kilafairy turut membalas komen netizen dalam bentuk sindiran

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Maya Matahari Dikaitkan Dengan Kekasih Orang?

Salah seorang netizen yang perlu dirahsiakan namanya memberitahu dia disekat dari melihat aktiviti Maya di laman Instagramnya. Namun begitu, kes ini sudah berlaku setahun yang lalu.

Featured Sun, 5 Dec 2021

Kejam! Kanak-kanak 5 Tahun Maut Didera Ibu Kandung Dan Bapa Tiri

Sepasang suami isteri ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai telah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut akibat didera di Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri, Johor. Memetik laporan The Star, kanak-kanak yang […]