Filem By: Salma Syahbuddin April 4, 2018 @ 12:13pm

Drama Romantik Penuh Makna Hanya Di Tonton!

Mesti ramai yang minat dengan pelakon seperti Syukri Yahya, Siti Saleha, Remy Ishak dan ramai lagi kan? Kadang-kadang pelakon dalam sesuatu drama juga turut menjadi faktor utama kenapa kita menonton drama tersebut. Betul tak? Jadi, kali ini kami di tonton akan memberikan senarai drama romantik penuh dengan kisah suka dan duka. Nak tahu apa antara drama-drama tersebut, jom sama-sama kita layan!

  1. 7 Hari Mencintaiku

7 Hari Mencintaiku merupakan sebuah drama mengisahkan tentang Khuzairi lakonan syukri Yahya yang dalam diam mencintai seorang gadis bernama Mia Adriana lakonan Siti Saleha.  Cinta pandang pertamanya menjadikan dia seorang perindu yang setia. Tetapi dek kerana sifat angkuh dan sombong Mia telah menyebabkan Khuzairi tidak pernah menyimpan hasrat untuk memilikinya. Namun, Mia Adriana bagaikan lupa yang hidup ini seperti putaran roda. Satu hari keagkuhan dan kesombongan itu akan memakan dirinya sendiri. Berdoalah dikala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini tidak akan terpadam buat dirinya. Agaknya bagaimanakah kesudahan cerita 7 hari mencintaiku ini, jangan lupa menonton drama ini di tonton ya!

     2. Kekasih Paksa Rela

Berkisarkan tentang Adham lakonan mantap Remy Ishak dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham iaitu Dato Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato Azman tidak pernah baik, walaupun Adham sudah berusaha keras untuk merapatkan hubungan mereka. Setelah Rosnaida berputus asa dengan usaha beliau untuk berbaik bersama ayah mertuanya, Rosnaida melarikan diri dengan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dan, ketika ketiadaan Rosnaida, Adham pula telah dipertemukan dengan Hanan dan telah berkahwin atas sebab-sebab tertentu. Kalau nak tahu apakah konflik yang berlaku antara Adham dan Rosnaida setelah beliau kembali ke Malaysia? Dan, bagaimana pula dengan Hanan setelah mengetahui Rosnaida telah pulang ke Malaysia? Jangan lupa saksikan drama Kekasih Paksa Rela dengan siaran HD hanya di www.tonton.com.my!

    3. Selamat Pengantin Madu

Kisah Hana yang hidup bahagia dengan suaminya, Zulkifli dan dua orang anaknya iaitu Isya dan Shafik. Satu hari, Hana telah dikejutkan dengan sepucuk surat yang mengatakan suaminya itu mempunyai isteri kedua bernama Masmira. Sejak itu, Hana lebih banyak meluangkan masa bersama dengan anak-anaknya. Agaknya, apakah rancangan Zulkifli untuk memulihkan hubungannya bersama isterinya pertamanya itu? Adakah Hana setuju dengan kehadiran madunya itu dalam kehidupan mereka? Sama-sama ikuti perjalanan kisah rumah tangga Zulkifli dan Hana dalam Selamat Pengantin Madu!

   4. Ejen Ali Musim ke-2

Yang ni bukan cerita cinta okay! Ini siri animasi yang paling terhangat dipasaran. Ejen Ali kembali dengan musim kedua dengan lebih aksi. Mana taknya, Ejen Ali kini memasuki latihan di MATA Akademi. Wah! agaknya apalah yang Ejen Ali akan lakukan kat sana kan? Kalau nak tahu kenalah saksikan siri animasi Ejen Ali di tonton!

   5. Melankolia

Melankolia merupakah sebuah kisah berkisarkan tentang seorang gadis naif yang bekerja sebagai ejen hartanah yang begitu optimistik tentang kehidupan. Walaupun tertekan dengan ibu yang seringkali mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki berstatus dan kaya, namun Suhana masih hidup dalam dunia angannya. Apakah dunia angan Suhana? saksikan siaran secara HD hanya di tonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Wed, 19 Jun 2019

《学霸》第3场16强对阵赛!东、西马两所学校学术较量之战

《学霸》第3场16强对阵赛!东、西马两所学校,学术较量之战。

Filem Sun, 7 Jan 2018

FILEM KOREA “ALONG WITH THE GODS : THE TWO WORLDS” BIKIN PECAH PANGGUNG?

Setakat 31 Disember 2017, filem ini sudah meraih 8.5 juta penonton sekaligus menjadikan filem ini sebagai filem nombor dua yang mengutip jumlah jualan tiket tertinggi pada tahun 2017 selepas 11 hari tayangannya di pawagam. Wow!

Filem Wed, 1 Jan 2020

装修大龙凤!遇上黑心包工头是否只能自认倒霉?

装修大龙凤!遇上黑心包工头是否只能自认倒霉?还是有其他方法自保呢?

Filem Thu, 9 May 2019

八度空间华语新闻特备:换政509,政权365

2018年5月9日,人民推动替换;365天过去了,人民该为希盟政府打分了……

Filem Wed, 31 Jul 2019

村长和村长夫人重游太平!美食之旅闹笑话

村长和村长夫人重游太平!美食之旅频频闹笑话~

Filem Sun, 2 Dec 2018

难度升级!《春天花啦花啦啦!》又唱又跳

快乐升级!八度空间《春天花啦花啦啦》爱情歌舞片,演员又唱又跳,事前录音排舞一样都不能少。

Filem Mon, 2 Jul 2018