Hiburan By: Del14 November 17, 2019 @ 10:53am

Baru Lahir, Anak Tajul Sudah Ada Instagram Sendiri!

Isteri kepada penyanyi Tajul Ariff  telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka malam tadi di sebuah hospital di ibu kota.

Penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu ini berkongsi berita gembira itu menerusi satu posting di akaun Instagramnya @tajulofficial hari ini.

“Yeahh! Alhamdullillah anak daddy Adriana Carissa selamat dilahirkan pada 16 November malam tadi jam 11.56 malam.

“Kita belanja gambar dia sikit, nanti bila dia dah besar. Baru boleh tunjuk muka dia okay?,” tulis Tajul di dalam kapsyen. 

 

Pemilik nama penuh Tajul Ariff Noor Md. Shari (21) ini juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan meluahkan perasaan kasih dan sayang kepada isterinya, Nurul Shamieza Eddie kerana telah melahirkan bayi perempuan sulung mereka. 

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan, i love you so much sayang @icaaddie,”tulis Tajul. 

Bayi yang diberi nama Adriana Carissa ini juga sudah mempunyai akaun instagramnya sendiri di @adrianacarissa_. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan warganet yang mengucapkan tahniah kepada Tajul dan isteri seperti penyanyi Aina Abdul, Irfann Haris, Aiman Tino, Andi Bernadee, Khai Bahar dan ramai lagi.  

Tajul dan isteri mendirikan rumahtangga pada 10 Disember 2017 tetapi telah merahsiakan perkahwinannya itu selama dua tahun atas permintaan keluarga sebelum membuat pengakuan kepada umum pada bulan lalu. 

 

Baca: Bukan Saja-Saja…Tajul Sorok Status Ada Sebab

Kredit Foto: Instagram @tajulofficial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Baju Raya Sepasang, Aidilfitri Sherry Ibrahim Tetap Meriah!

Benda boleh jimat, buat apa nak membazir kan?

Featured Wed, 30 Nov 2022

Tabung Kecemasan Nad Zainal Dilancarkan, Inisiatif Rakan Artis Bantu Kos Rawatan

Moga dipermudahkan buat Nad Zainal dan ahli keluarga🧡

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

BTS’s Store in Japan Gets Flooded With 15,000 Fans!

BTS recently opened up a store in Harajuku, Japan and fans truly went wild.

Acara Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Sat, 10 Sep 2022
Hiburan Tue, 21 Nov 2017

UQASHA POST GAMBAR EDIT, MOTIF?

Uqasha sekali lagi dikecam kerana dikatakan telah mengedit gambarnya sebelum memuat naik di laman instagram beliau.