Hiburan By: SGMS Faida October 16, 2018 @ 8:08pm

Dah Tengok PULANG Ke Belum? Kalau Belum, Jom Layan Di Netflix!

YEAY! Secara eksklusif, filem Pulang kini ditayang merentasi lebih 190 buah negara di Netflix.

Berita gembira ini diumumkan oleh pihak Media Prima Berhad di mana ini merupakan kali pertama untuk audiens global yang akan dipaparkan melalui platform Amerika Syarikat berasaskan penstriman itu. Filem ini telah mula ditayangkan kepada pelanggan Netflix Malaysia pada 28 September 2018,

Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan pengarah, Khabir Bhatia, Pulang menceritakan tentang seorang pelaut yang berasal dari sebuah perkampungan kecil di Malaysia yang mengambil keputusan untuk bekerja di atas kapal dagang mengelilingi dunia dengan harapan dapat kembali memberi kekayaan kepada isteri dan anaknya. Namun, janjinya untuk pulang tidak pernah tertunai, meninggalkan cucunya untuk mendedahkan cerita sebenar selepas enam dekad.

Filem epik ini dibintangi pelakon Malaysia, Remy Ishak dan Puteri Aishah Sulaiman menampilkan sinematografi yang menakjubkan, skor muzik yang gah dan jalan cerita yang indah merentasi seluruh dunia dari Malaysia, Hong Kong hingga ke Liverpool.

Ditayangkan di pawagam tempatan pada 26 Julai 2018, Pulang menerima banyak pujian dan pujian, dan ada sesetengah mengatakan bahawa filem ini sebagai sebuah “kisah cinta luar biasa,”

 Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, berkata: “Salah satu misi Primeworks Studios adalah untuk membawa cerita-cerita Asia ke persada dunia. Kami sangat teruja filem Pulang telah berada dalam perkhidmatan penstriman Netflix yang sangat popular dengan jutaan pelanggan di seluruh dunia.

“ Kami gembira melihat orang ramai dari serata dunia dapat menonton filem luarbiasa Kabir Bhatia ini,” katanya.

Tayangan Pulang di Netflix adalah sejajar dengan usaha Media Prima untuk memperluaskan capaian dan audiensnya secara global. Primeworks Studios akan terus berkembang ke dalam platform dan segmen baru melalui pelbagai kandungannya yang berkualiti.

Bagi anda yang sudah menonton di panggung wayang tetapi ingin menonton semula atau bagi anda yang belum berkesempatan untuk menonton, bolehlah mendaftar di Netflix.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 24 May 2019

Apa Kisah Pak Din, Amir & Haqiem Dalam ‘Setulus Ikhlas’?

Iklan Hero Setulus Ikhlas ini dilancarkan secara rasmi pada hari ini dan sudah boleh ditonton di laman Youtube TV3 Malaysia bermula jam 12.00 tengahari tadi!

Selebriti Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Sun, 17 Feb 2019

Tuduhan Guna ‘Mak Esah’ Viral, AKHIRNYA Netizen Tampil Mohon Kepada Misha Omar

Lain kali jangan ulang lagi ya, berdosa besar fitnah orang lain wak!

Hiburan Wed, 23 Nov 2022
Events Tue, 27 Feb 2018

Siapakah Gadis Sosok Ayu, Bintangi Program Realiti Online Terbit Single Baharu?

Selain menjadi usahawan yang berjaya, Princess kitani juga sedang berjinak-jinak dalam dunia nyanyian dan bakal mengeluarkan satu single terbaru miliknya tidak lama lagi. Mesti best kan?

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Nur Sajat Has Her Own Show!

The lady has been the icon of controversy for the longest of time now but that does not mean her influence isn’t strong. Now, she has even has her own reality show!