Hiburan By: Salma Syahbuddin February 23, 2020 @ 9:00am

“Doakan Yang Terbaik”- Balu Abam Rayu Netizen Hentikan Kontroversi

Selepas kontroversi melibatkan dirinya, Nurhidayah memohon agar diberikan ruang kerana beliau masih didalam tempoh iddah iaitu selepas kematian suaminya yang juga pelawak terkenal, Abam Bocey pada 10 Februari lalu.

Perkara tersebut disampaikan menerusi kiriman whatsapp yang disampaikan oleh wakil beliau.

Sumber : Google

” Assalamualaikum saya mewakili balu arwah memohon ampun dan maaf buat masa sekarang dia tidak memegang telefon dan sedang menjalani tempoh iddah. Sama-sama doakan yang terbaik buat diri beliau dan anaknya, Hamzah. Maaf sekali lagi dari kami” Tulisnya.

Sebelum ini masyarakat telah dikejutkan dengan pendedahan Nurhidayah yang mendakwa dilarang dan dihalau oleh pihak keluarga arwah membabitkan harta peninggalan. 

Malah, pendedahan yang dibuat olehnya ketika sesi Live di facebook dan instagram Dato Aliff Syukri  ternyata mengundang kecaman dan sekaligus kontroversi sehingga mengguris hati pihak keluarga arwah Abam. 

Terdahulu, Ali tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Nurhidayah diatas tindakan beliau yang dianggap sebagai melampau kerana memuat naik status yang kurang enak di media sosial

Apapun, diharap dengan permintaan daripada pihak Nurhidayah dapat meredakan kembali isu berkaitan harta peninggalan arwah Abam dan sedikit sebanyak dapat meleraikan kontroversi yang melanda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 7 Sep 2021
Hiburan Thu, 10 May 2018

Wah…Sufian Suhaimi Dah Ada Lagu Raya!

Memandangkan bulan ramadan pun dah dekat, rasanya dah tiba masa untuk lagu itu diperdengarkan…

#LaguXTRA Thu, 18 May 2023

#LaguXTRA: Sedang Melalui Fasa Putus Cinta, Ahirine Ahirudin Suka ‘Vibes’ Rock Klasik

It’s okay jangan sesedih Ahirine! Layan betul lagu favorite dia ni

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Dilarang Menaiki Pesawat Di Vietnam Hanya Kerana Isu Bateri Macbook Pro

Beliau kini tersangkut di Vietnam untuk pulang ke Eropah.

Hiburan Mon, 17 Jun 2019
Hiburan Mon, 2 Aug 2021

“Terima Kasih Semua Yang Hina Saya” – Terpalit Isu Saman Siti Nordiana Sehingga Dikecam Netizen, Zulin Aziz Kesal Ayat Dimanipulasi

Dek kerana komen terhadap isu yang melibatkan kes saman penyanyi Siti Nordiana disalah erti, pelakon Zulin Aziz menerima kecaman netizen. Difahamkan, Zulin meninggalkan komen menerusi satu hantaran dan ia merujuk kepada kes yang sedang berlaku […]

Featured Thu, 25 Aug 2022