Hiburan By: Ad Ops August 6, 2018 @ 3:04pm

Neelofa Sekali Lagi Ke Pentas Antarabangsa?

Namanya bukan sahaja sudah menjadi trending dalam carian google , namun Noor Neelofa Mohd Noor adalah contoh dan inspirasi bagi sesetengah wanita di Malaysia.

Selain menjadi seorang usahawan, beliau juga turut aktif dalam bidangan pengacaraan dan lakonan. Justeru itu Lofa adalah antara selebriti Malaysia pertama yang mampu melebarkan sayapnya ke pentas antarabangsa menerusi fesyen muslimah.

Merupakan duta bagi pengeluar perhiasan terkemuka dunia, Swarovski selama tiga tahun berturut-turut dan masih menyambung kontrak bersama Swarovski selama setahun lagi. Lofa menyifatkan ia adalah antara impian beliau. 

“Inilah impian saya yang mahu meneroka pasaran antarabangsa menerusi pintu fesyen Muslimah. Harapan saya, penggemar fesyen dunia membuka mata terhadap fesyen Muslimah dan hijab.

“Saya lihat, tidak ramai selebriti dan ikon bertudung memulakan langkah berani untuk fesyen hijab. Hanya supermodel cantik Amerika Syarikat keturunan Somalia, Halima Aden, yang agak ke depan dalam berbuat demikian.

“Saya mengharapkan kerjasama saya dengan jenama LV memberi nafas dalam fesyen berhijab. Walaupun jenama antarabangsa, tetapi mereka semakin terbuka untuk mencuri perhatian wanita bertudung.” Katanya yang kini menjalinkan kerjasama dengan jenama Louis Vuitton (LV) Malaysia

Menurut Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 ini, LV Malaysia antara jenama yang terlebih dahulu melamar beliau untuk menjalinkan kerjasama.

“Ia membabitkan kempen untuk baju, kasut dan skaf jenama terkenal ini. Apa yang menarik, mereka bertanya mengenai kisah penghijrahan dan fesyen bertudung sebelum bersetuju untuk bekerjasama.” Katanya yang akan menyertai Minggu Fesyen Paris pada September depan

Lofa juga berhasrat untuk membawa jenama tudungnya sendiri, Naelofar Hijab ke pentas antarabangsa apabila mempunyai ruang terbuka.

“Saya percaya, peluang semakin terbuka apabila menyertai Minggu Fesyen Paris. Saya mahu terbabit dengan kempen global untuk membuktikan wanita berhijab tidak ketinggalan dalam berfesyen.

“Saya pernah menerima kritikan netizen apabila menggayakan pakaian bersaiz besar dilengkapi beg pinggang label jenama terkemuka, tetapi saya tidak gentar kerana saya lihat orang Malaysia sukar menerima fesyen.” Katanya 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

SALAH KE CHE TA PEGANG MIC?

Saya betul- betul nervous bila fikir nak menyanyi

Hiburan Mon, 11 Mar 2024
Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Fathia Pelik Kenapa Namanya Sering Jadi Bualan Netizen

Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Panggilan YB Buat Saya Rasa Berusia, Panggil Saja Bro Saddiq

Menurut Bro Saddiq, Kakitangan KBS akan berjoging bersama pada waktu pagi atau lepas kerja (di waktu petang). Menarik tu, amalkan gaya hidup sihat!

Featured Thu, 1 Sep 2022

Ustaz Don Daniyal Saran Tetapkan Garis Panduan Konsert – “Jangan Terus Jatuh Hukum”

Ustaz Don Daniyal ulas isu sekatan konsert artis antarabangsa

Featured Mon, 28 Aug 2023
Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Teringin…Tapi Siapalah Saya Kan’- Siti Nurhaliza

Dalam perkembangan lain, Siti bakal terbang ke Adelaide, Australia untuk menjayakan konsert di Festival Theatre Adelaide pada 18 Oktober ini.