Hiburan By: Del14 January 24, 2020 @ 8:20pm

“Selamat Tinggal Sha…Jangan Lupa Saya” – Linda Rafar Kenang Momen Manis Sejak Elite

Perkongsian penyanyi Linda Rafar baru-baru ini di laman Instagram miliknya mengundang rasa sebak sesiapa yang membaca.  Menerusi entri itu, Linda meluahkan rasa sedih, apabila rakan baiknya, Sasha Saidin yang baru berkahwin, akan berpindah ke Dubai mengikuti suami.

Menerusi entri itu, Linda memuat naik klip video yang memaparkan gambarnya dan anggota-anggota Elite yang lain iaitu Watie dan Azza bersama pasangan pengantin dan lagu kumpulan Elite, Selamat Tinggal Teman mengiringi klip video tersebut. Walau bagaimanapun kelibat anggota Elite, Abby Abadi tidak kelihatan.  

“Selamat tinggal Sasha sayang, saya tidak berhenti menangis. Tak sedar rupanya kali ini memang betul awak tinggalkan saya. 

“Sha, saya tak akan lupa semua jasa baik awak terhadap saya sejak zaman Elite, masa kita pergi Australia bersama, zaman kita mula mengenali dunia, awak sentiasa ada dengan saya. 

“Sha, saya kenang sangat jasa baik awak dan pengorbanan awak pada saya..sejak arwah Memen (anak Linda) sakit, awak selalu datang melawat kat HUKM bagi kata-kata semangat..sampai lah arwah pergi. 

“Lepas tu, arwah ibu saya sakit dan pergi pun awak sentiasa ada dengan saya..kadang-kadang saya terlepas pandang Sha,” tulis Linda dalam kapsyen. 

 
 
 
View this post on Instagram

ELITE ❤️

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Linda juga mengambil kesempatan itu untuk mendoakan kebahagiaan Sasha dan suami dengan hidup baru mereka di Dubai dan mendoakan agar Allah membalas segala jasa baik dan kebaikan Sasha dan keluarga, yang menurut Linda ikhlas menganggapnya seperti seorang adik. 

Terdahulu, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner di London pada 2003 dan bercerai pada 2007. 

Tidak lama selepas itu, dia mendirikan rumah tangga dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Aryasenna  Notosoemarsono yang kini berusia 10 tahun. Mereka berpisah lima tahun kemudian. 

Pada 20 Januari lalu, Sasha mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan rakan yang dikenali sejak zaman sekolah, Sirhan Wahab yang difahamkan bekerja dalam sektor kewangan di Dubai. 

Melalui perkahwinannya yang terdahulu, Sirhan mempunyai dua orang anak.

 
 
 
View this post on Instagram

Sha… im crying non stop! i tak sedar rupanya this time u btul2 tinggal kan i?.. sha,i takkan lupa semua jasa baik u sejak zaman elite masa kita gi australia bersama,zaman kita mula mengenal dunia u sentiasa ada dgn linda.. u je yg panggil i baby gurl?.. sha,i kenang sgt jasa baik u n pengorbanan u pada i.. sejak arwah memen sakit u selalu dtg melawat kat hukm bg kata2 semangat..sampai la arwah pergi,pastu arwah my mum sakit n pergi pon u sentiasa ada dgn i sha.. kadang2 i terlepas pandang sha.. im sory sha x dpt join videoclip u n u really want me to be in??? sory sha.. Tapi i yakin allah tu tau hati u bersih n ikhlas anggap i btul2 mcm adik u.. i doakan u happy dgn hidup baru u di dubai.. u jgn lupa i tau sha! if bole my bday 11/2/2020 u dtg ok jumpa i.. ya allah balasla jasa baik kawan baikku sasha n family.. yg sentiasa ada dgn linda time susah n senang.. hanya allah shj yg mampu mendengar n membalas semua jasa baik u.. love u sha? Selamat Tinggal sha? @sashasaidin

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Kredit Foto: Instagram @lindarafar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

香港「最强气势」舞台剧《秘密》3月30日席卷云顶

风靡一时的《溏心风暴》系列核心演员李司棋、米雪、夏雨、阮兆祥携手实力派演员江美仪和刘锡贤于3 月30 日席卷云顶,上演《秘密》舞台喜剧!

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Featured Mon, 1 Nov 2021

“Best In The World” – Fasha Sandha Luah Kata-Kata Manis Buat Ibu Mertua

Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan perasaannya apabila dianugerahkan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang. Melalui hantaran gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, meluahkan […]

Hiburan Sat, 28 Dec 2019