LIFESTYLE By: SGMS Enal October 28, 2019 @ 12:37pm

Gaji Minimum RM1,200 Bagi Individu Masih Bawah Anggaran Gaji Kehidupan Wajar

Gaji minimum RM1,200 sebulan bagi individu dewasa yang tinggal di Lembah Klang masih di bawah anggaran gaji kehidupan wajar, menurut seorang ahli ekonomi.

Profesor ekonomi Sunway University Business School Dr Yeah Kim Leng berkata dengan gaji minimum tersebut, kemungkinan individu berkenaan perlu mempunyai sumber pendapatan tambahan untuk hidup di kawasan itu, sama ada melakukan dua pekerjaan, atau perniagaan sampingan.

“Menurut kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai pendapatan isi rumah pada 2016, median pendapatan bulanan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di Kuala Lumpur adalah RM5,344.

“Terdapat dua peratus atau 55,600 isi rumah di Kuala Lumpur daripada sejumlah 2.8 juta isi rumah kumpulan B40 di negara ini. Tanpa pecahan lanjut mengenai profil pendapatan kumpulan B40, sukar untuk menentukan kadar kemiskinan mutlak dan relatif di ibu negara, ” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata seperti yang dilaporkan dalam kajian Bank Negara Malaysia pada 2018, gaji kehidupan wajar bagi seorang dewasa di Kuala Lumpur adalah RM2,700 sebulan, untuk pasangan tanpa anak (RM4,500 sebulan) dan pasangan dengan dua anak (RM6,500 sebulan).

“Bagi isi rumah B40 yang mempunyai median pendapatan bulanan sebanyak RM5,344 (pada 2016) di Kuala Lumpur, adalah mencabar bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada gaji kehidupan wajar untuk membeli rumah, kereta dan barangan lain,” katanya.

Gaji kehidupan wajar atau living wage ditakrifkan sebagai pendapatan minimum yang diperlukan untuk pekerja memenuhi keperluan asas mereka termasuk makanan, perumahan dan keperluan penting lain.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Okt lepas berkata kerajaan mencadangkan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama berkuat kuasa tahun hadapan.

Selain di Kuala Lumpur, isu kos sara hidup yang tinggi di bandar besar turut berlaku di negeri-negeri dan yang paling ketara adalah di Selangor, dengan penduduknya berhadapan dengan kos sara hidup yang lebih tinggi berbanding negeri lain, walaupun secara purata pendapatan mereka lebih tinggi.

Penganalisis ekonomi Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata walaupun pendapatan di Selangor lebih tinggi berbanding di negeri lain, penduduk di Selangor berhadapan dengan komitmen hutang rumah dan harga barangan yang lebih tinggi.

Beliau berkata secara purata isi rumah di Selangor membelanjakan 26 peratus pendapatan untuk perumahan, air, elektrik dan gas, manakala 14.8 peratus pula untuk makanan dan minuman bukan alkohol.

“Perbelanjaan ketiga tertinggi adalah untuk restoran dan hotel (14.6 peratus) dan keempat tertinggi merupakan pengangkutan (13.7 peratus). Kerajaan harus memantau isu isi rumah ini terutamanya dalam kategori B40 supaya mereka tidak tercicir dalam menikmati arus pembangunan di Selangor.

“Pada 2018, Selangor merupakan satu dari enam negeri yang menyumbang 72.1 peratus kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) nasional dan pertumbuhan KDNK Selangor sendiri adalah 6.8 peratus, iaitu melebihi paras nasional. Disebabkan itu, rakyat Selangor memperolehi purata pendapatan yang lebih tinggi berbanding negeri lain,” katanya.

Ahmed Razman berkata purata pendapatan kasar isi rumah setiap bulan di negeri ini ialah RM4,307 bagi B40, RM8,790 (M40), manakala RM21,125 bagi pendapatan T20. – BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 24 Jul 2019
LIFESTYLE Mon, 19 Feb 2018

TANDA SI DIA BUKAN UNTUKMU…

Persiapan semua dah dilakukan…tiba-tiba, si dia beralih arah. Nak terbalik rasanya dunia mengenangkan bila semuanya dah sedia!

LIFESTYLE Thu, 2 May 2019

单身一族看过来!来测测你的桃花往哪开

有时面对街上的情侣,总觉得单身是件可怕的事情;如果各位也单身许久,想赶快过上两人世界……

Hiburan Sat, 24 Aug 2019
LIFESTYLE Sat, 24 Feb 2018

过年吃太多爆肥?不用怕让「最帅数学老师」过招给你

过年吃了太多,全身的肉都变的好「团结」吗?我们请出「最帅数学老师」彼得博塞利(Pietro Boselli)来当教练,快点动起来吧!

LIFESTYLE Thu, 30 Jan 2020

Anda Penghidap Astraphobia?

Terlalu Takut Pada Petir Dan Guruh?

LIFESTYLE Thu, 1 Feb 2018

Kongsi Tips Gubah Hantaran RM19 Sedulang

Hantaran yang sudah menjadi salah satu daripada kemestian dalam majlis perkahwinan melayu dan ini antara gubahan bajet untuk anda

LIFESTYLE Sun, 2 Jun 2019

7 Perkara Wajib Jangan Buat Sewaktu Beraya

Hari Raya dah muncul tiba tetapi jangan lah buat 7 perkara di atas ya..

LIFESTYLE Thu, 16 Nov 2017

永远不该回来的复古时尚趋势【会被人鄙视吧!】

时尚套路深不可测,甚至你会觉得很疯狂。

LIFESTYLE Mon, 8 Apr 2019

Be the Heat with Sevenfriday’s ‘The Urban Explorer’

There is a selection of sunnies to complete the look too!