Trending By: Asrul Haliff March 16, 2020 @ 12:56pm

Tangan Bersih Sahaja Tak Mencukupi; Ini Adalah Cara-Cara Anda Boleh Sanitize Pakaian Anda

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Dengan jumlah kes tercatat yang semakin merisaukan hari demi hari, warga Malaysia sekarang perlu amalkan langkah-langkah berjaga yang lebih berkesan dan praktikal untuk pastikan individu dan keluarga  selamat daripada virus COVID-19.

Bukan sahaja baru-baru ini trending debat mengenai keberkesanan hand sanitizer untuk membasmi kuman yang jahat, sekarang ini mungkin anda boleh cuba sanitize pakaian anda! Bila kita fikirkan balik, bukan kulit kita sahaja yang terdedah terhadap kuman-kuman tersebut.

▲ Lebih lanjut: [TERKINI] Sebenarnya Betul Ke Hand Sanitizer Boleh Bunuh Virus COVID-19?

Membasmi baju-baju anda mungkin kedengaran agak keterlaluan tetapi jika anda ingin mengamalkan langkah penjagaan ekstra, anda boleh ikut cara-cara tersebut.

▲ Photo by Dan Gold on Unsplash

Basuh pakaian baru sebelum memakainya.

Pertamanya, anda tidak tahu siapa yang telah pun mencuba pakaian tersebut sebelum anda membelinya. Mungkin sebelum anda, orang lain telah cuba fitting pakaian tersebut. Oleh itu, walaupun dengan mata kasar ia nampak bersih, mungkin fabrik pakaian tersebut telah membuat kontak terhadap individu-individu yang telah terdedah dengan virus-virus jahat.

Jadi untuk langkah berjaga, anda boleh rendam baju tersebut dalam air yang dicampur dengan baking soda untuk neutralkan allergenic chemicals tersebut.

▲ Photo by Marshall Williams on Unsplash

Jangan cuci baju penuh load.

Kalau dulu orang cakap cuci baju kena penuh load untuk jimatkan air dan tenaga. Tetapi tahukah anda dengan cara ini, pakain yang anda cuci mungkin tidak dapat dibersihkan dengan efektif. Pencuci baju memerlukan ruang untuk menembusi lubang-lubang fabrik, oleh itu mulai sekarang anda mungkin boleh kurangkan baju dalam washing machine.

▲ Photo by Bianca Jordan on Unsplash

Jangan gatal tangan nak tuang dua tiga penutup penuh pencuci baju!

Sebenarnya, untuk sekali cucian muatan yang direkomendasikan, separuh penutup pencuci baju sudah pun memadai. Tahukah anda jika anda letak pencuci baju berlebihan, bakteria lebih senang lekat pada baju. Untuk pastikan anda menggunakan jumpah pencuci baju yang betul, cuba cara ini!

Cuci baju seperti biasa dan setelah selesai, cuci lagi sekali tanpa sebarang pencuci baju tambahan. Lihat sekiranya terdapat buih atau residu, itu bermaksud anda telah pun menggunakan detergent secara berlebihan.

▲ Photo by Ryoji Hayasaka on Unsplash

Tambahkan sedikit baking soda dan cuka dalam cucian.

Tambahkan 1/2 cawan baking soda semasa mencuci pakaian. Baking soda mampu aktifkan bahan pencuci dalam pencuci pakaian dengan meneutralkan pH air cucian serta menyahbau fabrik tanpa pewangi sintetik. Semasa proses membilas, boleh tambahkan 1/2 cawan cuka (asidik) untuk neutralkan pH pencuci baju yang bersifat alkali.

Layanlah baju anda seperti kulit anda. Basuh dengan kerap kerana sama seperti badan, ia juga mampu menarik sebarang kuman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Apr 2020
Hiburan Fri, 25 Mar 2022

Disyaki Terlibat Kes Dadah, Penyanyi Nasyid Ditahan

Penyanyi nasyid itu ditahan di di Kota Damansara.

Trending Tue, 5 Jun 2018

Aeroplane Makes Emergency Landing Due to Man’s Horrible Body Odour

Passengers were even puking from the smell!

Featured Tue, 29 Aug 2023

“Banyak Content Creator Lelaki Masak, Kau Je Muka Tembok Lepastu Bebal” – Tiz Zaqyah Berang Masih Ada Lelaki Suruh Isteri Duduk Dapur Memasak

Ish ish ish dah boleh ubah kot mentaliti macam ni 😌 Sama sama masak kan best, give and take!

Featured Sat, 17 Jul 2021

“You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Semalam, artis Caprice telah tampil menceritakan kepada orang ramai mengenai isu sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ustaz Ebit Lew di Gaza. Baca artikel berkaitan: “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal […]

Trending Mon, 10 Feb 2020

Pelawak Popular Abam Bocey Meninggal Dunia

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman

Trending Fri, 17 May 2019

“Mereka Temui Mayat Datuk Saya Di Bawah Lereng Bukit”

Takziah, mayat Haji Ramli Ilong, 85 tahun disahkan ditemui di lereng bukit berdekatan kediamannya..