Trending By: Attiqah Mohd March 17, 2020 @ 3:32pm

Foto Bunga Citra Lestari Dan Noah ‘Peluk’ Ashraf Sinclair Di Perkuburan Buat Peminat Tersentuh

Tersentuh hati kami melihat kesetiaan cinta BCL buat suaminya, Ashraf Sinclair. Meskipun sudah genap sebulan pemergian Ashraf, BCL masih setia mengunjungi kubur arwah suaminya itu. Belakangan ini, beberapa foto BCL melawat perkuburan Ashraf dilihat tular di laman sosial. 

Umum mengetahui, BCL kembali bekerja dan beraksi di atas pentas selepas seminggu pemergian sang suami. Ternyata, jadual padat beliau tidak menghalang penyanyi itu untuk meluangkan masa bersama  ibunya, Emmy Syarif melawat perkuburan Ashraf di St. Diego Hills, Kerawang. BCL turut dilihat ditemani oleh anaknya, Noah Sinclair. Perkongsian itu dimuat naik oleh Emmy melalui laman Instagramnya. 

Namun, beberapa foto yang menunjukkan Bunga dan Noah seakan akan memeluk Ashraf membuatkan netizen begitu tersentuh hati. Peminat mulai membanjiri ruangan komen Instagram. 

 Ternyata, pemergian Ashraf masih diratapi oleh isteri dan anaknya. Rata-rata peminat yang membanjiri ruangkan komen mendoakan agar BCL dan Noah terus kuat dalam menjalani hidup mendatang walaupan tanpa Ashraf di sisi. Sesungguhnya, ajal maut itu pasti datang. Kita sebagai manusia harus redha dan tabah menjalani hidup. 

Kredit Foto: Instagram Emmy Sharif 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022

Ayie Elham Kongsi Perubahan Selepas Bergelar Bapa

Ayie kongsi perubahan selepas bergelar bapa

Trending Mon, 25 Jan 2021
Featured Mon, 9 Aug 2021

Permohonan & Semakan PSU 4.0, Bantuan RM 600 Buat Semua Pekerja

Para majikan kini boleh mula memohon bantuan di bawah Program Subsidi Upah 4.0 yang dibuka bermulai 1 Ogos sehingga 31 Oktober. Menerusi PSU 4.0, bantuan berjumlah RM 600 akan disalurkan terus kepada majikan dan terhad […]

Acara Wed, 8 Feb 2023
Trending Thu, 9 May 2019

Wajah Malaysia Baharu Selepas Setahun

9 Mei 2018 adalah kebangkitan aman rakyat Malaysia.