Trending By: SGMS Enal October 18, 2019 @ 12:36pm

Hanya Kerana Marah Dua Beranak Dikerat

Polis percaya kes bunuh di Kampung Ladang, Krubong di sini pada 10 Okt lepas berpunca daripada perasaan marah, yang ​​​​​mendorong suspek membunuh dua beranak dan bertindak di luar kawalan mengerat anggota badan mereka.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shahrul Laili Masduki berkata berdasarkan siasatan awal, polis mendapati ada isu yang dibangkit atau ditimbulkan isteri suspek warga Singapura itu sehingga menyebabkan lelaki itu marah sehingga sanggup membunuh isterinya.

“Kes ini kita anggap selesai yang mana suspek telah ditangkap dan direman. Pada hari ini juga reman suspek disambung selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan lanjut.

“Sekarang ini kita sedang melengkapkan kertas siasatan yang kini telah capai 98 peratus sebelum ia diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya kepada sumber selepas Majlis perasmian Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

TASKA IPK Melaka yang dibangunan di IPK itu melibatkan peruntukan berjumlah RM924,400, dan majlis perasmian hari ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Mengulas lanjut, Shahrul Laili berkata polis sedang menunggu keputusan rasmi ujian saringan air kencing suspek dari pihak hospital, dan juga keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kedua-dua mangsa sebelum identiti mereka disahkan.

Pada 10 Okt lepas, polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia dipercayai lebih daripada seorang individu yang tidak lengkap, berselerakan di kawasan perindustrian itu.

Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim sebelum ini dilaporkan berkata polis tidak menolak kemungkinan penemuan anggota badan itu berkait kes pembunuhan dua beranak yang tular di media sosial sejak 11 Okt lalu.

Susulan itu, seorang lelaki warga Singapura ditahan dan suspek diserahkan kepada pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan.

Kini reman suspek dilanjutkan tujuh hari sehingga 25 Okt ini.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Dec 2023
Featured Thu, 22 Sep 2022
Trending Fri, 22 Mar 2024

Ikut Langkah Ni Untuk Memenangi Lampin Applecrumby® Secara Percuma Selama 365 Hari!

Lampin pakai buang menjadi salah satu keperluan asas yang perlu ada di rumah sekiranya terdapat bayi atau anak kecil berusia bawah 3 tahun. Tak dinafikan yang pemakaian lampin pakai buang sangat memudahkan tugas ibu bapa. […]

Trending Thu, 10 Dec 2020
Trending Mon, 18 Jun 2018

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi…

Si ibu turut merayu agar orang ramai yang memiliki darah jenis O untuk datang menderma darah kerana mereka sekeluarga amat memerlukannya.