Trending By: SGMS Faida June 15, 2018 @ 6:32pm

Telefon Meletup Punca CEO Maut

“ Siapa sangka prosedur rutin  yang tidak berbahaya ini adalah penyebab tiga anak kecil membesar tanpa bapa mereka di sisi,” kata ipar lelaki Ketua Pegawai Eksekutif  Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran, semalam.

Difahamkan, telefon bimbit mangsa yang diletak berhampiran katil dilaporkan meletup semasa sedang dicas sekaligus menjadi punca kebakaran itu.

Mesej daripada keluarga Allahyarham Nazrin yang kini tular dalam media sosial, mendakwa pada suatu peringkat, telefon itu terlampau panas lalu dan meletup, mengakibatkan trauma tumpul di bahagian belakang kepala yang membawa kepada kematian mangsa.

Tilam turut disambar api, namun ketika ini Nazrin sudah pun tidak bernyawa, kata ipar Allahyarham yang namanya tidak disebut dalam mesej berkenaan.

“Beliau ada dua telefon, satu  Blackberry dan satu Huawei. Saya tidak tahu mana satu yang meletup.

Menurut polis, Nazrin terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara semalam dan berkemungkinan meninggal dunia akibat terhidu asap. Tubuh mangsa turut melecur.

Mesej itu turut memuatkan nasihat kepada orang ramai supaya lebih  berhati-hati ketika mengecas telefon bimbit, termasuk mempertimbangkan zon yang selamat untuk berbuat demikian.

“Paling baik, bukan di dalam bilik tidur. Ia jauh lebih berbaloi sungguhpun telefon berada jauh daripada jangkauan,” kata ipar Allahyarham.

Cradle Fund adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia.

Ia adalah agensi yang memberi pembiayaan awal kepada syarikat-syarikat yang berjaya seperti Grab (sebelum ini MyTeksi) dan syarikat pemula  niaga fintech  iMoney.

Sumber: BH Online

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 May 2021

Alif Satar Akui Teruja Sertai ICSYV4

Rancangan realiti kegemaran ramai I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 bakal membuka tirai dengan edisi raya pada musim ini. Untuk musim ini, kehadiran penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar nampaknya  memeriahkan lagi kehangatan program […]

Hiburan Tue, 6 Sep 2022

Bekas Suami Lufya Omar Tak Melatah Nama Kena Petik Culik Anak

Pihak mana lah yang menuduh bekas suami Lufya yang nak culik anak sendiri..

Trending Wed, 1 Aug 2018

Angka Meningkat, Penduduk Malaysia Kini 32.4 Juta

Penduduk lelaki 2018 melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.7 juta (lelaki) dan 15.7 juta (perempuan). Nisbah jantina bagi 2018 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan berbanding 2017.