Trending By: Padin June 26, 2021 @ 6:55pm

Drama Bersiri Sabarlah Duhai Hati & Kekasih Hati Mr Bodyguard Bakal Kembali Dengan Sekuel!

Dua drama yang menjadi fenomena di bulan Ramadan dan Syawal baru-baru ini melayangkan berita baik iaitu Sabarlah Duhai Hati dan Kekasih Hati Mr Bodyguard bakal kembali dengan sekuel tidak lama lagi. Peminat drama Melayu tidak perlu menunggu lama untuk mengikuti kisah lanjut tentang watak kegemaran mereka!

Drama Akasia: Sabarlah Duhai Hati arahan Pali Yahya telah memikat hati penonton apabila berjaya mencapai 3.7 juta penonton setiap episod dan mencatatkan rekod tertinggi iaitu 4.3 juta penonton bagi episod 30.

Gandingan serasi antara Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan berjaya membawa penonton untuk sama-sama menghayati watak mereka dalam suka, duka, gelak dan menangis bersama.

Lebih menarik, para penonton juga memuji Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Izzue Islam kerana menjaga batasan dan tiada bersentuhan sepanjang penggambaran ini. Babak-babak romantis yang dibawakan oleh mereka tetap menusuk kalbu penonton setia mereka.

Lakonan mantap pasangan suami isteri iaitu Affan dan Fira sentiasa menjadi bualan di platform media sosial. Kisah kehidupan Fira yang terpaksa menerima hakikat kehilangan ibu dan ayah tersayang akibat kemalangan turut membuatkan penonton menitiskan air mata.

Sejak kehilangan orang tersayang, Fira perlu menggalas tanggungjawab menjaga adik bongsunya Danish, berusia enam tahun. Tanpa Fira ketahui, Affan telah lama memendam perasaan terhadapnya.

Fira berkawan baik dengan adik Affan bernama Dian. Di saat Fira terkapai-kapai mencari dahan untuk bergantung, Affan terus melamar Fira. Bermulalah perjalanan cinta agung Affan dan Fira.

Lestary: Kekasih Hati Mr. Bodyguard arahan Nizam Zakaria telah menjadi tular sejak mula ditayangkan. Situasi PKP ini telah membuatkan ramai kempunan untuk menyaksikan kesinambungan lakonan mantap Redza Rosli dan Sharifah Rose.

Walaupun watak heroin, Aralyn mendapat kecaman kerana disandang oleh bakat baharu, namun ia tetap menjadi tular dalam media sosial. Malahan, ia juga berjaya mendapat sambutan luar biasa apabila konsisten mencapai 4 juta penonton di setiap episod yang disiarkan. Lebih mengujakan, episod 7 mencatatkan rekod tertinggi iaitu 4.4 juta penonton.

Drama ini terpaksa dihentikan siarannya pada episod 9 kerana tidak dapat menyelesaikan baki penggambaran ketika PKP.

Peminat setia tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui kisah selanjutnya kerana pelbagai kejutan akan diberikan dalam sekuel yang bakal disiarkan tidak lama lagi. Nantikan juga kemunculan selebriti popular tanah air yang akan menyerikan drama ini.

Kekasih Hati Mr Bodyguard mengisahkan Aralyn menjejaki Hadif, seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya.

Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing.

Nantikan sekuel dari dua drama yang menjadi fenomena 2021 ini dengan plot cerita yang lebih hebat dan mendebarkan! Jangan ketinggalan juga untuk menyaksikan drama-drama popular di TV3, tonton LIVE TV dan Xtra LIVE TV.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Apr 2021

Benzoloo, Jonathan Tse Kini Semakin “Bebas”..

Kredibiliti muzikal dalam diri dua penyanyi, Benzooloo dan Jonathan Tse tidak perlu disangkal semakin terbukti berada dalam kelas tersendiri. Kini mereka tampil bergabung menerusi lagu terbaru berjudul Bebas. Bebas adalah lagu kedua kerjasama mereka selepas […]

Hiburan Sat, 17 Jun 2023

Selamat Bersalin Anak Kedua, Juliana Evans Kongsi Wajah Anak

Comelnya baby girl Juliana Evans ❤️❤️ Tahniah!

Trending Thu, 14 Nov 2019
Featured Fri, 23 Sep 2022

Bob Lokman Meninggal Dunia

Salam Takziah. Al-Fatihah 🥀

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

Meer Nash Nyanyi Semula Lagu Imran Ajmain

Lagu berhantu Seribu Tahun dendangan Imran Ajmain sudah berusia lebih sedekad. Malah hingga kini lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama Kerana Cintaku Saerah di TV3 itu boleh dianggap malar segar. Pendek kata irama lagu […]