Featured By: Salma Syahbuddin August 29, 2023 @ 3:25pm

Gosip Cinta Dengan Fara Fauzana, Ini Respons Fizi Ali – “Doakan Yang Baik-Baik Untuk Kami”

Penyampai radio sensasi, Fizi Ali akhirnya tampil menjawab dakwaan kononnya dia kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan rakan sekerjanya yang juga penyampai radio popular, Fara Fauzana.

Gosip liar tersebut tular selepas Fizi memuat naik foto mereka bersama anak perempuannya, Ameena di Instagram miliknya baru-baru ini.

Hantaran tersebut sekaligus dibanjiri dengan komen nakal netizen yang mendakwa pasangan ini sedang hangat bercinta.

Ameena nak panggil Fafau auntie ke? kakak ke atau mama? Ehhhh…yang mana onss,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

 

Semua orang mendoakan yang baik-baik

 

Susulan isu tersebut, Fizi tampil menjelaskan bahawa hantaran tersebut hanyalah kebetulan memandangkan dia dan Ameena pada ketika itu sedang menikmati makanan di sebuah restoran sebelum terserempak dengan Fara Fauzana atau lebih mesra dengan panggilan Fafau.

“Sebenarnya haritu kebetulan, saya tengah makan kemudian terjumpa Fara Fauzana and then kami saja ambil gambar. So, bila ambil gambar tu saja lah update dekat Instagram kan?

“Cuma waktu itu perbualan dengan Ameena macam ‘nak panggil Fafau ni apa kan? Nak panggil kakak ke, mak cik ke, atau mama? Itu saya tulis dekat IG tu. Tak tahu pula bila tulis macam tu semua orang pula mendoakan yang baik-baik. Itu jelah yang terjadi. saya rasa tak ada apa pun,” katanya ketika ditemu bual pada program Melodi.

Peminat approved Fizi & Fafau bercinta

 

Difahamkan, walaupun ia hanyalah sekadar gosip liar namun ramai dalam kalangan peminat bersetuju sekiranya Fizi dan Fafau menjalin hubungan istimewa.

“Yang ini tak payah fikir lagi Fizi. Memang ON’s,” komen netizen.

Bagaimanapun, Fizi menegaskan hubungannya bersama Fafau tidak lebih dari sekadar kawan.

“Bahaya tak bila bercinta dengan rakan sekerja?Korang bayangkan kalau bergaduh macam mana? Tapi itulah saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan terbaik untuk saya, Fara Fauzana sentaisa dalam keadaan yang baik. InsyaAllah ditemukan dengan jodoh jugaklah untuk kami nanti.

“Macam kita orang tak lebih dari rakan sekerja. Macam Fafau bekerja di tempat yang sama kan. Bila semua mendoakan yang baik-baik untuk kami alhamdullillah. Semoga kami ber jumpa dengan pasangan masing-masing itu sahaja. Kami tak ada apa-apalah. Memandai je,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fizi memaklumkan dia kini masih single dan masih dalam fasa mengenali hati budi seseorang.

“I am single but not available,”ujarnya ringkas.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#SkoolXTRA Tue, 16 May 2023
Trending Mon, 1 Jan 2018

16个“赋予灵魂”的物品 包你目瞪口呆

你相信东西也有灵魂吗?如果哪天物品都赋予生命了,大家应该都会被吓得目瞪口呆!

Trending Tue, 21 Dec 2021

Ini Cara Pastikan Minyak Wangi Yang Anda Beli Tu Betul-Betul Selamat Dipakai, Senang Je!

Minyak wangi dah lama menjadi aksesori yang wajib dikenakan agar badan kita sentiasa berbau harum dan segar. Sebenarnya minyak wangi boleh membantu kita menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Confident gitu! Banyak minyak […]

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Dulu 80 Biji Cili Pun Boleh” – Kotak Suara Nabila Razali Belum Sembuh

Semoga Nabila cepat sembuh dan boleh kembali menyanyi sepenuhnya.

Featured Mon, 29 Aug 2022

“Letupan Tu Real” – Syafiq Yusof Utamakan ‘Wow Factor’ Berbanding Kos

Fuhhh letupan tu semua real tau! Rugi kalau tak tengok.

Hiburan Sat, 23 Dec 2017

Dato Vida Pengumpul Tudung LV Terbanyak Di Dunia

Saya mengisytiharkan saya memiliki crumple shawl LV terbanyak didunia. Memang banyak tak terkira. Saya beli je. Tapi dah macam kain buruk.