TECH By: SGMS Putri July 3, 2018 @ 5:33pm

Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Gaming Hujung Tahun Ini

Pasaran telefon pintar masa kini semakin berkembang dengan hadirnya model yang memfokuskan kepada permainan mudah alih. Sepertimana Razer dengan Razer Phone, Xiaomi dengan Black Shark dan terbaru, Asus melalui Asus ROG Phone.

Tidak mahu ketinggalan, Huawei, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena pembuatan telefon pintar dilapor mahu melebarkan sayapnya dalam kelas berkenaan.

Mengupas laporan daripada laman Gadget Match, Presiden Perniagaan Pengguna Huawei, Jim Xu, telah mengesahkan bahawa syarikat berkenaan sedang dalam proses membangunkan telefon pintar gaming.

Maklumat mengenai spesifikasi model berkenaan masih belum didedahkan tetapi apa yang boleh dipastikan adalah penggunaan teknologi GPU Turbo yang dioptimakan. Teknologi yang dibangunkan Huawei itu disebut mampu meningkatkan prestasi peranti sehingga 60%, dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan kuasa kepada 30%.

Pertama kali diperkenalkan bersama-sama Honor Play dan Honor 9i, GPU Turbo dijadualkan penawarannya kepada peranti lain seperti siri P20 dan Honor 10 bermula Julai ini.

Meskipun tidak menyebut tarikh sebenar telefon pintar ini akan dilancarkan, Jim Xu memaklumkan ia dijangka dipertontonkan kepada umum selewat-lewatnya penghujung 2018.

Adakah Huawei akan membangunkan telefon pintar setanding dengan apa yang terdapat pada Asus ROG Phone? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sumber: Gadget Match

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
TECH Fri, 15 Nov 2019

Cara Kuatkan Bunyi Ketika Menonton Video Pada Chrome

Kepada anda yang gemar menonton video menggunakan Chrome khususnya kepada pengguna Laptop, sememangnya agak jengkel dengan kualiti bunyi yang agak perlahan. Berikut kami kongsikan salahs atu alternative untuk menggandakan kekuatan bunyi pada pelayar Chrome ketika menonton […]

LIFESTYLE Fri, 17 Aug 2018

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Platform Bersepadu 28 Juta Masyarakat Malaysia

Langkah ini sekaligus memberi peluang kepada setiap rangkaian jenama dan pengiklanan untuk meraih pulangan komersial yang lebih tinggi melalui tayangan iklan tersebut di kaca TV

TECH Wed, 30 Oct 2019

Godam Whatsapp: Facebook Saman Firma Israel

Gergasi teknologi Facebook pada Selasa mengumumkan bahawa ia menyaman sebuah firma pengawasan dalam talian Israel, Kumpulan NSO, yang didakwa menggodam pengguna perkhidmatan mesej popularnya, WhatsApp, antara April dan Mei tahun ini, lapor agensi berita Turki […]

TECH Thu, 10 Jan 2019

Tips mengenai Telefon Dan Kecemasan

Pernahkah anda terserempak dengan situasi mencemaskan seperti kemalangan yang melibatkan orang tidak dikenali?

TECH Thu, 16 May 2019

Finding it Hard Getting Organised this Ramadan? Check These Helpful Apps Out

You can plan where to buka puasa, what to prepare for sahur, and even provide meals for the less fortunate!

TECH Tue, 19 Dec 2017

Celcom Dan Uber Berkerjasama Naik Taraf Pengalaman Digital

Kerjasama dengan Uber ini membolehkan Celcom menyediakan pengalaman digital yang hebat kepada pelanggan dalam menjalankan urusan seharian di samping memberikan mereka pelbagai ganjaran hebat.

TECH Tue, 8 Jan 2019

「尘归尘土归土」还比火化更环保!冰葬让人体回归天地

随着环保意识抬头,葬礼的精简和大体回归自然成为新一代身后方案追求的目标,除了最近推广的树葬、植葬外,最近还有另一种新的环保葬:冰葬。

TECH Fri, 8 Nov 2019

Cara Alternatif Untuk Menyekat Iklan Pada Chrome

Pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menyekat paparan iklan yang bertalu – talu ketika melayari laman sesawang menggunakan Chrome. Berikut kami kongsikan salah satu kaedahnya. Pertama sekali buat carian AdBlock Plus pada carian Google dan buka pautan […]

TECH Wed, 19 Dec 2018