Trending By: SGMS Enal March 31, 2019 @ 12:35pm

Jual Anak Kembar Dengan Harga RM35 Ribu Setiap Seorang Angkara Hutang

Kerana desakan kewangan, sepasang suami isteri tergamak menjual bayi kembar mereka kepada dua keluarga berasingan dengan harga 13,500 pound sterling (RM71,891).

Pasangan berkenaan yang hanya dikenali dengan nama Lan dan Feng didakwa menjual anak kembar lelaki dan permepuan mereka selepas dua bulan  dilahirkan pada September 2017.

Pihak berkuasa di Chifeng, China, berkata, mereka mendapat maklumat mengenai penjualan haram bayi kembar tersebut selepas lebih setahun kejadian itu pada Disember 2018 lalu.

Pasukan penyiasat kemudiannya menjejaki Lan dan berjaya menahannya pada 22 Januari lalu.

Lan dan isterinya ditahan polis dan disoal sisasat di mana kedua-duanya telah mengaku menjual bayi kembar mereka demi mendapatkan wang bagi melunaskan hutang.

”Kami berhutang terlalu banyak. Seleas isteri saya melahirkan anak kembar kami, dia pula tidak dapat bekerja lagi. Kami langsung tidak mempunyai wang dan tidak boleh membuat apa-apa pinjaman,” kata Lan.

Menurut polis, Lan dan Feng menemui bakal pembeli bayi kembar mereka menerusi aplikasi rangkaian sosial yang dikenali sebagai Qzone.

Difahamkan, pada November 2017 lalu, bayi kembar lelaki dan perempuan pasangan itu dipisahkan untuk dijual kepada dua keluarga berlainan di bandar Xingtai dan Langfang dalam wilayah Hebei, China.

Mereka dibeli oleh keluarga tersebut dengan harga kira-kira 6,760 pound sterling (RM35,999) setiap seorang. Kedua-duanya telah diselamatkan dan dikembalikan semula kepada keluarga mereka.

Ketika dibicarakan, pasangan ini didakwa menjual anak kembarnya manakala pembeli yang dikenali sebagai Chen dan Zhang turut berdepan hukuman kerana membeli anak secara haram.

”Kami tahu ia salah tetapi sekurang-kurangnya anak-anak kami tidak perlu menderita bersama kami,” kata Feng.

Sumber : Mirror UK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Apr 2023

“Yang Mendengar Tak Ada Otak Ke?” – Reen Rahim Perjelas Tohmahan Pemalas Bangun Sahur

Siapa je yang tak marah kalau kena tuduh bukan-bukan kan😡😡😡

Featured Mon, 1 Apr 2024
Featured Wed, 2 Nov 2022

“Dia Beritahu Apa Saya Patut Buat…” – Pernah Alami Depresi, Alyph Dedah Sifat Caprice

Sebab tu kita tak boleh judge orang sebelum mengenali mereka…

Trending Wed, 16 Aug 2023

Mek Yun Diekori Lelaki Warga Asing, Sempat Larikan Diri Sebelum Lapor Pada Pengawal

Uish takutnya! Seeloknya jangan jalan seorang diri kalau di tempat sunyi

Trending Mon, 3 Feb 2020

Jururawat “Psiko” Ditahan Atas Cubaan Bunuh Bayi Berusia Satu Hari

Harap-harap keadaan bayi tersebut dalam keadaan stabil dan sihat

Events Fri, 25 Nov 2022

Tak Pernah Terfikir Masuk Dunia Lakonan, Harissa Adlynn Teruja

Penyanyi Harissa Adlynn teruja apabila berpeluang melibatkan diri dalam dunia lakonan. Pernah dikenali menerusi lagu Aku Sayang Kamu, Harissa tidak pernah terfikir akan menceburi dalam dunia lakonan dan menjadi seorang pelakon, namun dia akui dia […]