Events By: Dharnieya Nur Amelsa November 25, 2022 @ 12:32pm

Tak Pernah Terfikir Masuk Dunia Lakonan, Harissa Adlynn Teruja

Penyanyi Harissa Adlynn teruja apabila berpeluang melibatkan diri dalam dunia lakonan.

Pernah dikenali menerusi lagu Aku Sayang Kamu, Harissa tidak pernah terfikir akan menceburi dalam dunia lakonan dan menjadi seorang pelakon, namun dia akui dia suka dengan kerjaya terbabit.

Terbaharu, Harissa akan muncul dalam naskhah Besties yang akan ditayangkan tahun hadapan.

“Saya sebenarnya tak pernah terfikir akan masuk dalam dunia lakonan dan berlakon.

“Saya selalu terfikir yang saya akan buat nyanyian, tulis lagu, main lagu dan produce lagu sebab muzik adalah minat saya.

“Tapi bila dah termasuk dalam dunia lakonan ini semua. Saya jadi macam suka the work,” katanya kepada XTRA.

Harissa ditemui di sesi fotografi drama Besties di Sri Pentas, Bandar Utama, pada Rabu.

Selain itu, Harissa turut berkata bahawa dia tidak akan pernah berhenti dalam industri muzik memandangkan itu adalah minatnya sejak dari dahulu lagi.

Namun buat masa sekarang, Harissa akan lebih fokus dalam dunia lakonan dan jikalau ada rezeki dan ramai yang sudah mengenali dirinya, dia akan cuba selitkan muzik dalam kariernya.

“Saya tidak akan berhenti muzik memandangkan itu adalah minat saya.

“Tapi buat masa sekarang saya akan fokus dekat acting dulu so along the way bila ada rezeki saya untuk buat muzik dan penonton dah mula start kenal saya. Saya akan selit dan masukkan muzik saya into my carrier also,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Oct 2019
Hiburan Fri, 19 Jul 2019

‘Saya Masih Tunggu’-Eizlan Yusof

Eizlan mengadakan sidang media tergempar bagi menuntut permohonan maaf daripada PDRM

Featured Wed, 25 Mar 2020
Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Japanese Singer Forgets to Shut Off Live Stream and Reveals Amount of Money Made

Surprisingly, a lot of people are loving her even more after this incident.

Trending Fri, 2 Apr 2021
Hiburan Tue, 4 Apr 2023

Dolla Tak Cemburu Rezeki Antara Satu Sama Lain

Baguslah sokong antara satu sama lain

Featured Wed, 4 Mar 2020