Featured By: Salma Syahbuddin December 8, 2023 @ 10:23am

Mati Di Tempat Lain 48 Jam Sebelum Ditemui, Ini Kronologi Kes Zayn Rayyan… Polis Tubuh ‘Task Force’, Panggil Semula Ibu Bapa Beri Keterangan

Kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh mengejutkan ramai pihak apatah lagi hasil bedah siasat menunjukkan kanak-kanak autistik itu dilaporkan telah meninggal dunia 48 jam di lokasi lain sebelum ditemui.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata, bedah siasat mendapat terdapat kesan jenayah dibadan mangsa termasuklah kecederaan leher, berkemungkinan besar dicekik atau dijerut.

Katanya, bedah siasat pada petang Khamis menunjukkan mangsa bukan meninggal dunia di lokasi mayatnya ditemui.

“Bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).

“Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga, memadai saya cakap itu sahaja,” katanya.

Susulan hasil bedah siasat yang dijalankan,  Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, pihak polis akan merakam semula keterangan ibu bapa mangsa selepas hasil bedah siasat membuktikan Zayn Rayyan mati dibunuh.

“Ya, kita akan rakam semula keterangan ibu dan bapa mangsa (untuk bantu siasatan polis).

“Selain itu, kita turut wujudkan ‘task force’ (pasukan khas) fokus untuk membantu dalam siasatan kes ini,” jelasnya.

Terdahulu, kanak-kanak malang itu ditemukan di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira jam 10 malam tadi oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari bersama pihak polis.

Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring secara mengiring di tepi anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Tambahnya, pihak polis juga akan memanggil semua saksi terdekat kes ini termasuklah ibu bapa, jiran dan orang awam yang menjumpai mangsa.

Sekadar info, jenazah Zayn Rayyan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, kira-kira jam 7 malam pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

ARTIKEL BERKAITAN:Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Wed, 21 Sep 2022
Featured Mon, 8 Jan 2018

10 Rahsia Wanita Jepun Tampak Muda Dan Slim Sepanjang Masa

Perasan tak yang orang Jepun ni semua cantik-cantik? Bukan itu sahaja, susah untuk jumpa orang Jepun yang gemuk dan nampak tua. Semuanya nampak sebaya saja. Rupa-rupanya, menurut kajian, wanita dan lelaki di Jepun mempunyai jangka […]

Featured Wed, 29 Apr 2020

KKM kenal pasti strain baharu COVID-19 bersifat lebih ganas

Virus didapati bermutasi dengan cepat

Trending Wed, 20 Mar 2019

Dalang Utama Isu Pencemaran Toksik Di Pasir Gudang Akan Dikenalpasti

Pihak Polis tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai penangkapan berhubung isu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. 

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

FaizaL Tahir Tegur Artis Baru Jangan Malas

Faizal Tahir memberitahu adalah tidak wajar bagi artis baru menarik diri dari mana-mana pertandingan yang melibatkan artis senior dengan alasan takut untuk menghadapi persaingan.

Eat Travel Thu, 28 May 2020

Menu asli Malaysian Deli tarik rakyat Malaysia jamu selera

Nasi lemak, mi kari, martabak semua sedap