TECH By: SGMS Enal January 7, 2020 @ 12:06pm

Pengguna Buat Semakan PTPTN & Cara Untuk Mendaftar

PTPTN ada mengeluarkan aplikasi mudah alih atau apps yang bertujuan untuk menyenangkan para peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN bagi membuat semakan. Namun begitu, difahamkan bahawa pada 2018 atau secara tepatnya 28 November 2018, hanya aplikasi bagi platform Android sahaja yang dikeluarkan.

Namun, pada 10 Jun 2019, PTPTN berjaya membekalkan aplikasi yang sama bagi platform iOS sekaligus melengkapkan keperluan mudah alih pengguna mereka.

Mungkin kerana kekurangan informasi, atau hebahan, aplikasi ini kurang mendapat perhatian pengguna

Apa kegunaan aplikasi PTPTN?

Menurut laman web PTPTN, aplikasi itu akan memudahkan pengguna untuk membuat semakan penyata dan beberapa ciri lain lagi.

Bagaimanapun, terdapat sedikit kelecehan apabila pengguna perlu hadir ke kaunter untuk membuat pendaftaran.

Bagi membolehkan proses pendaftaran, peminjam perlu hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN berhampiran bagi membuat pendaftaran. Setelah selesai, barulah aplikasi itu boleh dimuat turun ke telefon pintar (atau barulah boleh register di telefon pintar).

Untuk menikmati kemudahan melalui aplikasi mudah alih PTPTN ini, peminjam perlu hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN yang berhampiran terlebih dahulu untuk membuat pendaftaran aplikasi mudah alih PTPTN ini. Selepas pendaftaran selesai, aplikasi mudah alih PTPTN boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Adalah diharapkan dengan pelancaran aplikasi mudah alih PTPTN ini dapat membantu peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN membuat semakan maklumat dengan mudah dan pantas.

4 Langkah Mendaftar di aplikasi PTPTN

Langkah-langkah di dalam gambar diatas yang disediakan oleh PTPTN sangat jelas, namun dibawah ini kami sediakan rekod bertulis yang lebih senang untuk dibaca.

  1. Peminjam sendiri perlu hadir ke kaunter PTPTN terdekat untuk membuat pendaftaran kali pertama. Bawa MyKad , telefon pintar dan jari anda untuk pengesahan. Di sini pengguna akan diberikan kod pengaktifan dan password sementara.
  2. Selesai pendaftar kaunter, muat turun aplikasi PTPTN di Play Store atau Apps Store.
  3. Isi maklumat pengaktifan di dalam app.
  4. Log masuk.

Bolehkah membuat bayaran balik menerusi applikasi PTPTN?

Jawapannya tidak. Menurut beberapa kepilan gambar dan butiran di Apps Store, aplikasi ini tidak boleh digunakan untuk membuat bayaran atau mungkin belum lagi. Tapi pembayaran boleh dibuat menerusi laman sesawang  https://mypay.dapat.com/ptptn.

Untuk memuat turun aplikasi PTPTN boleh ikuti link dibawah:

Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.paradigm.wawasanptptn&hl=en

iOS: https://apps.apple.com/my/app/ptptn/id1453140469

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 16 Nov 2018

Telefon Pintar Dengan 4 Kamera Utama Mungkin Menjadi Realiti Tidak Lama Lagi

Smartphone dengan 4 kamera utama mungkin menjadi realiti tidak lama Lagi.

TECH Mon, 19 Aug 2019

Jangan Panik Bila Disk Write Protected Pada Thumbdrive !

Jangan panik ada caranya , kenalah baca dan ikuti langkah di atas

TECH Sat, 19 May 2018

Anda Kini Boleh Memuat Naik Instagram Stories Secara Pukal Di Instagram

Buat masa ini, kemaskini terbaru Instagram ini hanya tersedia untuk aplikasi Android sahaja namun ia dijangka akan menemui pengguna iOS pada masa terdekat.

TECH Sat, 29 Sep 2018

4 Cara Mudah untuk Menguatkan Isyarat WiFi

cara untuk menguatkan isyarat WiFi supaya sambungan menjadi lebih stabil

TECH Mon, 22 Jul 2019

Google PlayStore Gagal Berfungsi? Cuba Ini

Adakah salah satu langkah ini berjaya menyelesaikan masalah anda atau anda lakukan dengan cara yang lain?

TECH Sun, 11 Aug 2019

Cetak Laman Sesawang Tanpa Sebarang Iklan

Cara mencetak paparan laman sewsawang tanpa sebarang gangguan iklan.

TECH Tue, 15 Jan 2019

See the Game through New Eyes with the Lenovo Legion Monitors

An ultra-wide curved display made for any gamer that wants a panoramic field of view.

TECH Sat, 8 Sep 2018

6 Tips Membuat Google Chrome Lebih Mudah

Maklumat yang sangat bagus untuk di ketahui

TECH Tue, 5 Jun 2018

未来的一天将有25个小时!

对那些工作狂来说,他们时常会觉得自己的每天都不够用,然而根据科学家们最新的一项研究成果,这点将在未来发生改变,未来的一天有望达到25个小时。

TECH Thu, 21 Jun 2018

Boleh tonton TV, Youtube Bakal Tergugat Dengan Instagram?

IGTV umpama televisyen. Video akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan, selain setiap rakan atau profil yang anda ikuti adalah seumpama saluran televisyen.