Featured By: Fadzlena Jafar April 25, 2020 @ 7:11pm

Rakyat ambil mudah arahan PKP dianggap sekutu COVID-19

Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru penduduk di zon hijau untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan kawasan terbabit kekal tiada jangkitan baharu COVID-19.

Berdasarkan pemerhatian pihak berkuasa, sejak beberapa hari lalu masyarakat khususnya di kawasan berkenaan mula mengambil mudah arahan PKP dan meneruskan kehidupan seolah-olah Malaysia sudah berjaya memerangi wabak COVID-19 termasuk keluar membeli-belah bersama-sama ahli keluarga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sikap berkenaan dibimbangi boleh mencetuskan penularan baharu COVID-19 memandangkan kajian menunjukkan sebanyak 88 peratus pesakit COVID-19 adalah individu yang asymptomatic atau tidak bergejala.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“KKM khuatir masyarakat alpa lalu mengambil mudah nasihat-nasihat kesihatan yang dikeluarkan kerana memikirkan bahawa wabak ini hampir selesai. Hakikatnya, peperangan menentang musuh yang tidak kelihatan ini masih belum tiba ke penghujungnya.

“Virus COVID-19 adalah musuh kita bersama, namun harus diingat bahawa kelalaian dan sikap ambil mudah masyarakat pula adalah sekutu kepada virus ini,” katanya  pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari sebentar tadi.

Khamis lalu, Perlis menjadi negeri pertama diisytiharkan zon hijau apabila kekal tiada jangkitan sejak dua minggu lalu.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, hanya empat negeri dilaporkan mempunyai jangkitan baharu positif COVID-19 iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 39 kes, Sarawak (10 kes), Selangor (1 kes) dan Pahang dengan satu kes.

Ini menjadikan jumlah kes baharu positif COVID-19 setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 51 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 5,742 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,882 kes.

Terdapat 99 kes yang pulih dan dibenarkan keluar daripada hospital hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 sebanyak 3,762 kes  atau 65.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 16 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 98 kes atau 1.71 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Rakyat semakin ambil mudah arahan PKP termasuk keluar membeli-belah. (Gambar hiasan/NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.

Dr Noor Hisham berkata, meskipun kes jangkitan COVID-19 semakin menurun, masyarakat perlu mengekalkan sikap berwaspada termasuk mematuhi arahan PKP dalam era norma baharu ini .

“Masyarakat perlu mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain, di samping mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 25 Sep 2018

Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) Sejenis Kanser Hidung Paling Lazim Dihidapi Kaum Cina Malaysia

Kanser jenis inilah yang menyerang pemain badminton nombor 1 negara!

Featured Thu, 8 Dec 2022
Featured Fri, 1 Oct 2021
Featured Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] Lucu! Penat Tunggu Suami Balik Beli Makanan, Ramai Kongsi Nasib Sama Seperti Diana Danielle

Perkongsian yang dimuat naik pelakon terkenal, Diana Danielle di aplikasi TikTok sering menghiburkan hati ramai. Terbaru, tular hantaran yang memaparkan dia sedang menunggu suaminya, Farid Kamil pulang membawa makanan sambil termenung melihat tingkap di dalam […]

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Trending Thu, 3 Dec 2020
Featured Wed, 24 Aug 2022

#WhazzupNetizen: Jabatan Penjara Nafi DS Najib Diberi Layanan Istimewa, Gaya Sekumpulan Lelaki Pakai Baju 70-an Tarik Perhatian, & Ramai Guru Sakan BerTikTok Dikecam

Bukan guys, tu gambar sel penjara di Switzerland 🤭 Fuhh style la abg abg pakai baju tema retro ala-ala 70 an! 🔥🤩 Guru kuat bertiktok ni macam dah jadi trend kan? 🥲 Tiga topik menarik dalam #WhazzupNetizen minggu ini!