Hiburan By: SGMS Enal July 28, 2019 @ 10:00pm

Raysha Rizrose Bosan Jadi Baik?

Pelakon, Raysha Rizrose, menganggap peluang menjayakan watak antagonis dalam drama, Cindai, sebagai impian yang menjadi nyata.

Katanya, selepas sering diamanahkan melakonkan karakter baik, dia teruja apabila julung kali dicabar menghidupkan watak jahat menerusi naskhah terbitan JS Pictures itu.

“Saya percaya, setiap peluang yang dihulurkan kepada pelakon menjadi medan untuk kami mempelbagaikan kebolehan.

“Menerusi watak Jasmin ini pula, saya harus keluar dari zon selesa, seterusnya mencabar keupayaan diri. Saya perlu menggunakan peluang ini bagi membuktikan bakat seni dimiliki,” kata adik kepada Uqasha dan Nelydia Senrose itu.

Menurutnya, agak lama juga dia menantikan watak sedemikian dalam usahanya menjadi pelakon lebih baik.

“Akhirnya, produksi JS Pictures yang membuka peluang untuk saya mencuba watak sebegitu. Awalnya, Yasmin kelihatan seperti seorang yang baik. Bagaimanapun, perlahan-lahan penonton akan dapat menyaksikan sisi hitam wanita itu.

“Pendek kata, Yasmin seakan wanita yang mempunyai masalah jiwa. Ia menjadikan watak berkenaan cabaran besar untuk saya jayakan,” katanya yang mengakui cukup menggemari peranan seperti itu.

Menurut Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 23, dia sebenarnya terbuka untuk meneroka apa sahaja watak diberikan.

“Selama ini, memang watak baik yang sering saya terima. Saya sendiri masih hijau dalam lakonan, jadi saya anggap apa sahaja tawaran dan watak yang diamanahkan sebagai proses pembelajaran.

“Kalau sudah lama berada di pentas seni, pastinya saya mahu terus mencabar diri dan enggan selesa dengan apa yang ada,” katanya.

Tambah Raysha, dia sedar, mungkin ada yang beranggapan dirinya belum popular atau menyerlah dalam bidang seni.

“Mungkin belum masanya untuk saya berada pada tahap itu. Jujurnya, menyerlah atau popular itu sangat subjektif.

“Apa yang lebih penting buat waktu ini, saya terus belajar mewarnai dan mendalami setiap watak yang diberikan,” katanya yang mula aktif dalam lakonan sekitar tiga tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Thu, 17 Jan 2019

‘Kalau Ada Peluang, Saya Nak’ – Imuda Rindu Nak Masuk Set Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Bila Budin dah bersuara…semoga ada pihak yang sudi menerbitkan seterusnya mengembalikan kegemilangan sitkom popular ini!

Featured Sun, 10 Sep 2023
Hiburan Wed, 7 Dec 2022

“Ada Skrip Yang Sama Rupanya” – Gelagat Anak Nak Pukul Mama, Eyra Hazali Keluarkan Ayat ‘Mak-Mak’!

Gelagat si cilik, Hayder Qhalish iaitu anak kepada Eyra Hazali dan suami Haziq Nadzli sekali lagi meraih perhatian wargamaya, baru-baru ini. @onlytira._ Hayder nak pukul mama herm | part 2 [#familyhaziqnadzli #fypシ #virall #xyzcba ♬ […]

familuv Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Sharnaaz Ahmad lepas rindu jumpa anak lelakinya sebaik sahaja dibebaskan.

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

EYKA FARHANA DIKECAM? RAYU AGAR NETIZEN FAHAM

Penonton harus faham jalan cerita drama tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, kerana dalam watak itu sahaja jelas menggambarkan bahawa dia merupakan seorang remaja yang terlalu meminati kumpulan kpop

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Lama Tak Berlakon Filem, Didie Alias Mengaku Berdebar Masuk Set

Alhamdulillah, Didie Alias bakal masuk set pada Oktober depan di mana filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar. Good Luck Mummy!