Hiburan By: Atiqah Johari September 21, 2023 @ 8:23pm

Tular Dakwaan Bakal Bergelar Janda, Kak KM Tampil Perjelas Perkara Sebenar – “Takkanlah Sebab Kereta Nak Cerai”

Usahawan kosmetik sensasi, Liana Rosli atau mesra di sapa sebagai Kak KM menjelaskan tentang dakwaan yang mengatakan dirinya bakal bercerai dengan suaminya iaitu Razman Ramli.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan Kak KM bergurau dengan kakaknya mengenai status janda selepas dipuji semakin cantik dan wajahnya berseri-seri.

Susulan itu, Kak KM tampil menjawab spekulasi tersebut dengan menyatakan hubungannya bersama suami dalam keadaan baik dan tidak timbul isu penceraian.

Memetik laporan mStar, Kak KM memaklumkan bahawa dia enggan memanjangkan insiden mengenai keretanya yang remuk itu.

Artikel Berkaitan: “Jahanam Harta Aku, Macam B*bi…” – Kereta Alphard Remuk Rempuh Tembok, Netizen Terkejut Kak KM Hambur Kata Kesat Pada Suami?

“Benda itu sekadar konten saja, takkanlah kita ratu jamu nak kena cerai. Suami saya cakap… apapun yang terjadi dia takkan tinggalkan saya. Nampak macam nak bercerai tapi suami ada dengan saya sekarang ini.

“Masalah tersebut tidak selesai pun, cuma saya malas nak panjang-panjangkan. Kita buat tak tahu sajalah.

“Tapi isu nak bercerai itu memang tak ada pun. Insya-Allah. Takkanlah sebab kereta kami nak bercerai,” ujarnya kepada mStar.

Bukan itu sahaja, Kak KM turut mendedahkan ada yang memberi saranan untuk tinggalkan suaminya selepas insiden tersebut.

“Memang betul ada yang menyarankan saya untuk tinggalkan suami saya. Mereka simpati kepada saya dan tidak menyalahkan saya.

“Mereka rasa kalau saya berbaik semula dengan suami itu tidak berbaloi kerana saya banyak tanggungjawab dalam keluarga ini.

“Bagi saya kenapa kita nak dengar kata orang tapi saya hormat mereka yang bagi pendapat sebab bagi saya mereka berhak untuk bercakap apa sahaja.

“Mereka komen pun sebab saya yang berkongsi di media sosial saya. Tapi saya tak kisah apa mereka cakap… nak suruh cerai ke apa,” jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan: Luah Rasa Di IG, Netizen Nasihat Kak KM & Suami Untuk Bermaafan – “Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih”

Artikel Berkaitan: Isu Kak KM Maki Suami, Ustaz Wadi Anuar Tampil Perjelas Hukum – “Kalau Tak Sempat Taubat Maka Neraka Tempatnya”

Malah, Kak KM sempat meninggalkan pesan kepada orang ramai untuk tidak masuk campur perihal rumah tangganya.

Tambahnya lagi, kadang kala nasihat yang diberi oleh orang ramai boleh menjadi hasutan dan merosakkan rumah tangga sendiri.

“Tapi saya juga nak ingatkan kepada orang luar, tidak kiralah saudara mahupun kenalan saya yang rapat supaya jangan masuk campur dalam rumah tangga orang.

“Sebab bila mereka masuk campur sebenarnya mereka menghasut untuk bercerai. Jangan nak tunjuk pandai ajar kita jaga rumah tangga.

“Sekarang ini kita baik-baik sahaja… kalau mereka menghasut macam itu nanti nak jumpa saya macam mana. Jadi siapa yang malu.

“Kau jaga sajalah anak bini dan rumah tangga kau… jangan sibuk rumah tangga orang,” luahnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 23 Dec 2019

This 23 Years Old Former Disney Star Has Been Awarded GQ Australia’s Woman Of The Year

The best thing is, she’s only 23 years old and she’s just getting started!

Hiburan Wed, 12 Sep 2018

Tahniah! Ayu Raudhah Hamil Anak Keempat

Rezeki Allah itu datang dalam berbagai bentuk yang diikuti tanda pagar Laura Zuleykha nak jadi kakak, suami nak anak ramai, Allah pun bagi… Tahniah Ayu & Zaquan!

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

回忆杀!温拿五虎明年2月再合体登云顶开唱

1970年代香港最具代表性的著名乐队温拿将于2020年2月22日再度回归云顶云星剧场开唱!

FESYEN Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Wed, 23 May 2018

BTS is the First KPOP Group to Make Their Comeback on Foreign Stage

They performed Fake Love at the Billboard Music Awards 2018 and they’re also the first KPOP group to perform there!

Trending Fri, 2 Mar 2018

Starbucks Collaborates With GSC for Buy 1 Free 1 Promo

Time to jio your friends and family for some coffee and movies because Starbucks is collaborating with GSC cinemas for a Buy 1 Free 1 promotion.

Hiburan Thu, 3 Jan 2019