Eat Travel By: Shaidah Shafie May 28, 2020 @ 7:00pm

Uniknya agar-agar kering, muncul setahun sekali

Agar-agar kering berwarna merah, hijau, biru, kuning dan ungu pastinya menarik perhatian penggemar kudapan manis serta berwarna-warni itu.

Dikategorikan sebagai manisan tradisional yang mewah, agar-agar kering mungkin dianggap tidak selari dengan zaman walaupun hakikatnya masih ada individu yang gemar menikmatinya sambil menghirup teh atau kopi panas di anjung rumah.

Mazni mewarisi kepandaian membuat agar-agar daripada ibunya. Foto kredit: Mazni Ab Kadir.

Bagi Mazni Abdul Kadir, meskipun beliau tidak begitu gemar akan rasa manis agar-agar kering, namun demi memenuhi cita rasa ibu yang dikasihi, beliau berusaha belajar dan menyediakan agar-agar bak permata berwarna-warni itu ketika Aidilfitri lalu.

“Agar-agar ini kesukaan emak saya, tidak susah pun untuk membuatnya, tetapi saya yakin tidak ramai orang muda kini yang sanggup untuk menghabiskan masa berhari-hari demi mendapatkan sedulang agar-agar kering.

“Bukan apa, penyediaan agar-agar kering ini menuntut masa yang agak panjang, mungkin sehingga empat atau lima hari bergantung pada cuaca kerana untuk mendapatkan hasil yang sempurna, cuaca panas terik diperlukan,” katanya ketika dihubungi Hijab & Heels.

Agar-agar yang belum dijemur. Foto kredit:  Mazni Ab Kadir.

Agar-agar kering mendapat tempat yang istimewa dalam banyak majlis satu katika dulu khususnya kenduri kesyukuran ataupun majlis pertunangan kerana warnanya yang terang dan ceria itu.

Tidak keterlaluan dikatakan agar-agar kering adalah antara manisan yang paling mudah untuk disediakan, tetapi agak mewah dari segi penyediaan bahan kerana gula yang banyak diperlukan bagi memperoleh hasil yang cantik.

Mazni berkata, beliau bernasib baik kerana Ramadan lalu cuaca agak panas dan memudahkan kerjanya menjemur agar-agar kering untuk dihadiahkan kepada ibunya.

“Kita perlu jemur agar-agar yang sudah dipotong di bawah panas terik mata hari selama tiga hingga empat hari.

“Untuk mengetahui sama ada agar-agar yang dijemur sudah cukup kering atau tidak, lihat serbuk putih yang akan muncul pada agar-agar. Jika serbuk putih seperti kristal sudah kelihatan pada agar-agar, itu tandanya agar-agar sudah cukup kering,” katanya.

Bahan asas untuk membuat agar-agar kering iaitu agar-agar tali, gula batu dan gula biasa. Foto  kredit: Mazni Ab Kadir.

 

Mazni turut berkongsi cara penyediaan agar-agar kering ini dengan Hijab & Heels:

Agar-agar kering

Bahan-bahan:

60 gram agar agar tali
1500 ml air
250 gram gula batu
1500 gram gula
Sedikit garam
Pewarna (penggunaan banyak warna akan menjadikan agar-agar lebih cantik)

Cara penyediaan:

1. Basuh agar agar, kemudian masukkan ke dalam periuk mengandungi air yang sudah dipanaskan.

2. Masak hingga mendidih. Masukkan gula batu dan gula. Biarkan ia mendidih seketika.

3. Apabila sudah sebati, tutup api dan bahagikan kepada beberapa bekas mengikut jumlah warna yang anda pilih.

4. Campurkan dengan pewarna dan biarkan agar-agar mengeras. Apabila keras, potong mengikut kesesuaian dan susun di dalam dulang untuk dijemur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 13 Jan 2023

Famili Duo: Tema ‘Cinta’ Bawa Sabhi Sadhi & Fareed Di Tangga Paling Rendah – “Keseluruhan Persembahan Kali Ini…”

Adat pertandingan, ada masa di atas ada masa di bawah.. All the best untuk minggu kelima!

Featured Fri, 14 Sep 2018

7 Lagu Bertemakan Malaysia Yang Boleh Membakar Semangat Anda

Jom sambut Hari Malaysia dengan menyanyikan lagu-lagi ini sama-sama.

Eat Travel Tue, 29 Oct 2019
Events Thu, 23 Nov 2023

Beli-Belah Sambil Berhibur Dalam WOW Dah Gaji! Tampil Persembahan Hebat Dari Artis Popular Tanah Air

Jangan lupa membeli-belah sambil berhibur bersama WOW Dah Gaji!🤩🤩🤩

Featured Sun, 30 Jan 2022
Featured Tue, 6 Feb 2018

7 Prinsip Pemakanan Untuk Kekal Langsing

Makanan adalah keperluan bagi setiap individu untuk meneruskan kehidupan. Bagaimanapun pemakanan yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti diabetes, hipertensi dan juga obesiti.

Featured Mon, 16 Jan 2023

“Poligami Itu Indah Kalau Suami Berlaku Adil” – Puteri Sarah

Indah kan kalau berlaku jujur dan adil…

Featured Sun, 28 May 2023
Featured Wed, 2 Mar 2022