Hiburan By: SGMS Enal January 10, 2019 @ 10:08am

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal Di Pawagam 21 Mac 2019

 Pada tahun 2009, Les’ Copaque Production telah mencipta satu fenomena apabila filem animasi 3D pertama Malaysia mencecah kutipan yang sangat membanggakan di pawagam. 

Kini setelah sedekad berlalu, syarikat animasi No. 1 negara ini akan memasarkan filem 3D animasi keduanya bertajuk “Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal”. Ia dijangka bakal menjadi satu fenomena luar biasa melihat kepada kemahsyuran kembar animasi kesayangan ramai ini. 

Kos penerbitan yang menelan belanja hampir RM 20 juta ini menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Oleh itu, ia diharapkan akan melonjakkan mutu industri animasi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya antarabangsa.

Memilih tarikh 21 Mac selari dengan musim cuti sekolah, diharapkan filem ini dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga. Ini kerana siri “Upin & Ipin” sendiri diminati oleh kanak-kanak, ibu bapa, sehinggalah atok dan nenek. 

Filem “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang.

Penonton boleh mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak dan melihat cerita dongeng nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu. Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.

Istimewanya lagi, filem ini mempunyai dua OST yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri dan Fakrul Razi. Nantikan pelancarannya di saluran YouTube Les’ Copaque Production tidak lama lagi.

“Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” adalah filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., ditaja oleh Citrex Gummy dari Millenium Pharmacon International (MPI), edaran GSC Movies, Astro sebagai rakan media, dan disokong oleh Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 21 Mac 2019. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Sep 2022
Acara Wed, 25 Jan 2023

Festival Cahaya Israk Mikraj ‘Seimbang’, Lengkap Dengan Segmen Ceramah & Malam Kemuncak Bersama Raihan

Wahh Alhamdulillah 🥰🥰 Mesti menarik ni ☺️ Save the date korang! 18 Feb, dekat Stadium Melawati, Shah Alam ok!

Hiburan Fri, 15 Nov 2019

Melly Goeslaw Unfollow Di Instagram, Rossa Tidak Mahu Panjangkan Isu Lagi

Semoga baik-baik saja buat Rossa dan Teh Melly…

Hiburan Sun, 29 Jul 2018

伍家辉首制音乐节目差搞砸!傅健颖不惜把新专辑押后

伍家辉首次制作音乐节目《调啤音乐人》差点搞砸!而制作人兼主持人之一的傅健颖不惜为节目把新专辑押后。

Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Tue, 6 Sep 2022

Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

Berikan anda peluang kedua – Nad Zainal

Hiburan Sun, 14 Jul 2019