Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 11, 2025 @ 3:00pm

Netizen Puji Sharifah Sakinah Tak ‘Kosong’ – “Apa Yang Dia Cakap Pasal Benda Halus, Ain & Sihir Tu Real”

Pelakon versatile, Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri perhatian selepas  perkongsiannya mengenai ‘benda halus’, sihir dan penjagaan tenaga rohani tular di media sosial.

Dalam hantaran video pendek sesi temu bersama podcast Sembang Seram, Sakinah berkongsi antara perkara yang sering diamalkan di rumahnya bagi mengelak gangguan makhluk halus sekali gus memastikan kediamannya sentiasa bersih, bukan sahaja secara fizikal tetapi daripada mahluk halus.

“Bukan senang nak jadi selebriti. Akan ada sahaja orang yang tak puas hati dan jeles jadi aku akan pastikan rumah aku tak ada tikus, cicak, lipas dan ular. Itu penjelamaan mereka. Rumah aku bersih.

“Aku akan pastikan benda itu tak ada dalam rumah aku. Rumah aku ada bunga kadang-kadang butterfly masuk. Sebab tu aku jaga aku punya energy. Maghrib sahaja aku tutup lubang jamban.

“Sebab aku tahu nak jadi selebriti hari-hari orang akan jeles. Mereka ni kadang-kadang tak hantar pun, kau orang tengok Instagram, lepas tu bila tak suka menyumpah… kita pun kenalah. Sebab tu sosial media juga kena jaga.

“Kadang mereka ni bukannya apa tengok sosial media lepas tu cakap ‘dia ni dapat job sial’ benda tu dah bagi energy dekat situ. Sebab tu aku tak post apa-apa,” katanya.

Mengulas lanjut, teraju utama filem Qifarah ini berkongsi antara amalan yang dilakukannya setiap kali berasa tidak selesa.

“Memang masa maghrib aku akan ajar anak aku tutup lubang jamban, semuanya sebab ‘benda’ tu akan masuk.

“Bukan itu je, bila aku rasa tak sedap badan je aku akan mandi ais, limau. Maghrib dan sebelum subuh. That is our sunnah. Very good,” jelasnya.

@sembangseram Bukan senang jadi celebrity ni. Akan ada je orang yang tak senang dengan kita 😥 #sharifahsakinah #sembangseram #podcast #horrorstory #kisahseram ♬ original sound – sembangseram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 May 2025

Terima Sambutan Luar Biasa! Konsert Inteam Ditukar Ke Lokasi Lebih Besar, Tampil Persembahan Istimewa Untuk Peminat

Inteam terharu jualan tiket habis terjual. Tukar lokasi lebih besar untuk peminat.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Fri, 9 Aug 2019
Trending Thu, 29 Mar 2018

Hantu Kebaya Merah Kembali?

Penampakan wanita berkebaya merah berjalan seorang diri di jalan gelap yang sunyi. Kalau korang, buat macam biasa atau dah jerit sekuat hati…hehe

Hiburan Sat, 7 Feb 2026

“Kifarah Is Real” – Bekas Rakan Baik Tegur Rebecca Nur Al-Islam, Dakwa Sudah Penat Menasihati?

Akaun @hada_princess96 memberi pesanan terbuka agar Rebecca tidak bersikap sombong

Events Sun, 2 Jun 2019

玛俐亚连开黄腔歌迷笑喷泪!安心偷吃二度被摆上台

大马常客「肥妈」玛俐亚来马演出,携手好友黎耀祥、李丽霞和阮兆祥登云顶云星剧场舞台,大抛笑弹,演唱多首经典歌曲,几乎每一首都是回忆杀!

Hiburan Sat, 4 Jan 2025
Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Nak Tengok Payudara Fatin Afeefa, Lelaki Pervert Siap Bagi Salam

Makin teruk manusia sekarang kan? Namun netizen menyifatkan individu yang menghantar mesej terbabit adalah seorang yang pervert!

error: Content is protected !!