Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 29, 2025 @ 12:35pm

Netizen Sepakat Banjiri Ruangan Komen Uqasha Senrose, ‘Bantu’ Kamal Adli Pujuk Isteri – “Dia Sayang Awak, Jangan Cerai…”

Nama pasangan pelakon popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose, kembali menjadi tumpuan apabila ruangan komen media sosial Uqasha dibanjiri dengan ribuan mesej daripada netizen yang ‘bersatu hati’ mahu membantu aktor itu memujuk isterinya.

Difahamkan, tindakan itu tercetus selepas Kamal memohon agar netizen tidak meninggalkan komen negatif terhadap Uqasha ketika ditemui media usai perbicaraan kes cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Selasa.

Ketika ditemui, Kamal mengakui dia masih menyayangi isterinya dan sedang berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka daripada berakhir dengan penceraian.

Susulan kenyataan itu, ramai netizen tampil menyatakan sokongan terhadap Kamal dan mendoakan agar pasangan berkenaan dapat berdamai.

Tidak kurang juga yang menasihati Uqasha agar memberi ruang agar dia dan suaminya, Kamal dapat berbincang dengan baik secara bersemuka.


Walaupun berdepan ujian dalam rumah tangga, ramai peminat masih menaruh harapan agar pasangan serasi ini dapat mencari titik damai dan meneruskan kehidupan bersama seperti dahulu.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Mar 2025
Trending Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Fri, 18 Jul 2025
Trending Fri, 19 Jun 2020

Jejak Kasih Antara Ketua Polis PJ Dan Aunty Ah Siong Undang Sebak!

Jejak kasih walau berlainan agama, bangsa dan budaya. Min pun sebak!

Hiburan Mon, 22 Jul 2024

[VIDEO] “Saya & Fattah Baik Sahaja, Spekulasi Itu Tak Betul” – Fazura Leraikan Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

Alhamdulillah, semoga Allah terus melindungi rumah tangga Fazura & Fattah ❤️

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Sufian Suhaimi Rakam Semula Lagu Di Matamu?

Menariknya, susunan muziknya juga lebih baharu dan aura Indonesia. Mesti lagu ni lagi meletop kan?

error: Content is protected !!