Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal January 2, 2018 @ 3:56pm

Norzizi Zulkifli Berjaya Bergelar Doktor Falsafah (PHD)

Norzizi Zulkifli seorang pengacara yang pernah popular satu ketika dahulu kini telah berjaya bergelar sebagai Doktor Falsafah (pHD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media di University of Wollongong, Australia.

Pernah popular dengan rancangan Joe Jambul, Zizi sudah berjaya mencapai impian yang selama ini diidamkan.

Iringan doa ibu bapa sudah semestinya menjadi tiket untuk seorang anak menggapai cita-cita mereka. Begitulah juga Norzizi yang sentiasa mengharapkan doa ayahnya, Datuk Zulkifli Zain yang juga pelakon veteran tanah air.

Baru-baru ini, Norzizi telah memuat naik sekeping gambar di laman Instagram beliau, gambar yang menunjukkan reaksi spontan ayahnya yang terharu dengan kejayaan yang berjaya dikecapi oleh anaknya itu.

Sambil memegang tesis anaknya itu, Zulkifli dengan reaksi sedih terharu itu menyentuh hati zizie dan pengikutnya di Instagram.

Menurut Zizie, bukan mudah untuk beliau sampai ketahap ini. Beliau terpaksa bekerja di waktu siang dan menyiapkan tesisnya di waktu malam sehingga menjelang pagi.

Sambil menyiapkan tesis itu juga Zizi menjaga ayahnya yang tidak berapa sihat akibat masalah jantung yang dihadapinya.

Zizie juga menceritakan, bagaimana beliau pulang dari Australia serta-merta apabila mendapat berita ayahnya diserang sakit jantung dan kritikal di ICU. Walaupun ketika itu tinggal 2 bulan sahaj lagi untuk beliau pulang ke Malaysia

Berikut adalah kata-kata Nozizi yang dipetik melalui laman Instagramnya. Semoga dapat memberi inspirasi kepada pembaca di luar sana.

Ooo hati remuk melihat ekspressi ini. Dua bulan sblm submit June 2016, saya dah pulang ke tanah air, dah kena lapor diri kembali bertugas dan papa ketika itu baru tiga bulan kena stroke. 

Siang sy bekerja, malam dlm kul 11 atau 12 malam sy akan mula menyiapkan thesis sampai ke pagi dan papa di tingkat bawah akan memanggil anak2 utk melihat keperluannya dan sesekali kalu dia rasa sy tertidur di atas, dia akan memanggil2 saya utk pastikan sy tak tertidur.


Kadang penat juga, saya menaip and kejap2 papa panggil, and sy turun and sy naik lagi menyambung penulisan dan kadang turun lagi Begitulah rutin antara 12 tengah malam ke 5/6 pagi. Tapi begitulah. Saya sentiasa punya doa dari beliau. Dia tak putus doa buat saya! 

Doa itu hampir putus bila January 2016 papa diserang sakit jantung dan di ICU terus kritikal, sy masa tu masih di Australia dan sy terbang pulang malam itu jugak tatkala 2 bulan lg sy nk submit and pulang ke Malaysia. Tapi Allah makbulkan doa kami. menantikan moment ini! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Mar 2019
Hiburan Thu, 28 Jun 2018

“Sikit Lagi Saya Kena Sabar,” – Ziana Zain

Saya yakin semua akan ada pengakhiran yang baik. Dalam masa sama, saya berharap pihak sana bertanggungjawab menyempurnakan prosiding ini demi meneruskan kehidupan.

Featured Tue, 8 Jul 2025

Uyaina Arshad Tegur Tindakan Netizen ‘Kaki Buli’ – “Behaviour Ni Accepted Ke Di Tahun 2025?”

Uyaina bagiamanapun menegaskan, netizen mempunyai hak masing-maisng.

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Butterfingers Bakal Bagi Kejutan Di Konsert 2 November Depan!

Mari sama-sama gegarkan Stadium Malawati bersama Butterfingers!

Hiburan Thu, 18 Jun 2026

DJ Sonic Sebak Anak Kecil Kejar, Peluk Kaki Selepas Dibelanja Belon – “Air Mata Aku Terus Gugur”

DJ Sonic, berkongsi detik menyentuh hati apabila seorang kanak-kanak memeluk kakinya selepas dia membelikan belon yang diinginkan anak kecil itu

Hiburan Wed, 8 Nov 2023

Mahu Undur Diri Dari Industri Seni, Abon Merajuk Gara-Gara Artis Veteran Dipinggirkan?

Sejujurnya, ramai yang rindu lawak Abon, Abon memang penghibur kami❤️🫶🏻

error: Content is protected !!