Categories: Oh Lawa

Aksesori Hidung Ini Memang Cantik & Unik. Sesuai Untuk Anda Yang Berhidung Pesek!

Aksesori hidung? Dengar macam pelik kan? Biasanya, kalau aksesori berkenaan hidung ini adalah anting-anting saja untuk mereka yang bertindik pada hidung. Tapi, kali ini berbeza ya!

Dengan idea yang kreatif dan inovatif, pereka fesyen kelahiran Malaysia-London ini, Joanne Tan telah melancarkan seleksi aksesori hidung yang unik dan cantik. Rekaan aksesori ini diinspirasikan melalui keindahan pelbagai suku kaum. 

Koleksi yang dipanggil ‘Not Your Average Beauty‘ ini memberi tumpuan kepada hidung dan wajah sebagai titik penting. Ini kerana, ramai wanita yang membuat pembedahan plastik untuk mendapatkan hidung yang cantik. Oleh sebab itulah, Joanne memberi tumpuan kepada hidung untuk menutup kelemahan seperti hidung kembang atau pesek.

Jadi, anda boleh try mengenakan aksesori ini untuk ‘menyembungikan’ bentuk hidung anda. Pasti ramai ‘mata’ yang memandang!

Kalau nak beli boleh order di website ini www.joanne-t.com.

Sumber: Wanista & Instagram

tex_admin