Categories: Oh Lawa

Anda Alami Masalah Pori Muka Yang Besar? Amalkan 5 Tip Mudah Ini

Anda rasa liang pori muka anda besar dan terbuka tak? Cuba tengok kat cermin sekarang! Haaa.. kalau besar tu  jangan ambil mudah ya, sebab nanti kulit muka nampak kasar dan jerawat senang nak tumbuh.

Anda tahu tak kenapa liang pori kita besar dan terbuka? Apakah punca dan cara untuk mengecilkan saiz pori-pori di wajah? Biasanya ia terjadi di bahagian hidung, dagu dan pipi tetapi sebenarnya kat mana-mana bahagian muka pun boleh terjadi.

Sebenarnya, liang pori merupakan pembukaan untuk bulu roma dan saiz bulu roma kita adalah bergantung kepada saiz liang tersebut. Campuran sel-sel kulit mati boleh menyebabkan liang pori kelihatan lebih terbuka atau tersumbat. Jom amalkan 5 perkara ini untuk mengecilkan pori muka yang besar.

1. Jus timun

Foto: Utara News

Timun selalu dikaitkan sebagai salah satu bahan dalam kecantikan kerana mempunyai pelbagai khasiat. Begitu juga untuk mengecilkan pori-pori pada muka anda, caranya adalah:

Campurkan jus timun yang telah dikisar dengan tepung jagung sehingga menjadi likat. Kemudian, sapukan di sekeliling muka, terutamanya pada bahagian liang pori yang terbuka selama 15 minit. Bilas menggunakan air sejuk.

Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengecilkan liang pori tetapi membantu mencantikkan lagi tekstur kulit muka anda.

2. Telur putih

Foto: Lifestyle Okezone

Anda mesti dah tahu kalau putih telur ini memang sangat membantu untuk mengecilkan liang pori muka kan? Anda perlu ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Ambil telur putih dan sapukan pada seluruh muka. Biarkan selama 15 minit. Bilas menggunakan air sejuk.

Anda juga boleh menjadikan telur putih ini sebagai topeng muka dengan mencampurkannya dengan oats, tepung beras atau dua sudu teh jus lemon. Anda boleh cuba langkah ini dua kali seminggu. Cara ini juga membantu masalah kulit muka yang tersumbat dan boleh membantu menghindarkan jerawat. 

3. Tomato

Foto: Financial Tribune

Tomato juga membantu dalam mengecilkan liang pori muka. Caranya ialah kisar tomato; sapu pada muka dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian, bilas bersih menggunakan air sejuk. Menariknya, tomato bukan sahaja dapat membantu mengecilkan pori terbuka tetapi dapat membantu masalah parut pada kulit muka sekaligus membantu menghaluskan kulit.

4. Ais

Foto: Ellesalon.in

Ais antara bahan yang lebih mudah untuk didapati! Caranya mudah saja, anda perlu pecahkan ais menjadi kecil atau dalam bentuk kiub, kemudian balut ais tersebut menggunakan kain. Gosok kain tersebut di sekeliling muka pada waktu malam sebelum tidur. Anda akan lihat kesannya dalam masa 1-2 minggu. Paling best, kulit anda akan terasa segar bila bangun tidur!

5. Wap (Steaming)

Foto: Radarpekalongan

Anda juga boleh mencuba langkah ini untuk mengecilkan liang pori yang terbuka. Cara ini juga dapat membantu menyingkirkan bakteria dan menghilangkan kotoran halus pada kulit muka. Lakukan pengewapan ini selama 20 minit!

Jadi, anda boleh pilih langkah yang paling mudah untuk dilakukan di rumah! Tetapi ingat ya, untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda kena amalkan tips ini secara konsisten. Selamat mencuba!

Sumber: cun.my

tex_admin