Categories: Oh Lawa

Boy De Chanel, Produk Solekan Untuk Jejaka Yang Obses Dengan Penampilan!

Apa tafsiran anda tentang lelaki yang gemar memakai makeup?

Perkara pertama yang terlintas tidak lain tidak bukan, pastinya mereka itu golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).

Tapi tahukah anda, ramai selebriti lelaki sejati mengenakan solekan terutamanya ketika membuat persembahan pentas, lakonan dan fotografi untuk memberi impak yang lebih sempurna sama ada di kaca televisyen mahupun penampilan di majalah.

Foto: Chanel

Keprihatinan terhadap kehendak golongan lelaki, menyaksikan satu inovasi dilakukan brand kecantikan terkemuka Chanel yang melancarkan rangkaian solekan pertamanya khusus untuk lelaki yang dipanggil Boy De Chanel.

Ia menawarkan produk-produk untuk lelaki tampil lebih segak dan meningkatkan keyakinan diri. Pendek kata mereka yang obses dengan penampilan.

Melalui Boy De Chanel, Chanel ingin menyampaikan falsafah bahawa kecantikan tidak mengenal jantina, ia adalah tentang gaya.

Ia sudahpun dilancarkan di Korea Selatan dan seterusnya di serata dunia November lalu menerusi atas talian dan di butik-butik Chanel bermula Januari 2019.

Foto: Tandem K

Selebriti popular, Lee Dong Wook antara wajah Boy De Chanel untuk Asia.

Terdiri daripada tiga produk buat masa ini, Le Teint adalah bedak asas dengan tekstur yang tak dapat dikesan dan menjanjikan pemakaian bertahan.

Le Baume Levres adalah pelembap bibir matte tanpa warna serta Le Stylo Sourcils, pensel kening kalis air untuk kening jejaka yang kemas dan terbentuk. Cukup tiga ini untuk si dia tampil segak, polished sambil mengekalkan penampilan maskulin.‏

Sumber: Cosmopolitan

Yanie Baharom