Categories: Oh Lawa

Cara Betul Kalau Nak Guna Produk Kecantikan Yang Berbeza Jenama

Setiap wanita memang tidak boleh lari daripada mengalami masalah kulit. Kulit berjerawat, kulit terlalu kering, kulit terlalu berminyak dan sebagainya. Sebab itulah pelbagai jenis produk kecantikan dijual untuk atasi masalah tersebut.

Kadang-kadang kita agak keliru dalam menggunakan produk kecantikan. Bila nampak produk keluaran terbaharu kita rasa nak cuba, padahal produk yang lama tak habis lagi. 

Ada juga yang suka guna produk berbeza jenama contohnya, pencuci wajah jenama lain manakala toner dan krim pelembap pula dari jenama lain. Adakah cara ini salah untuk diamalkan? Adakah ia akan mengundang masalah kulit yang lebih serius? 

Sebenarnya, penggunaan rangkaian dari satu jenama yang sama memang mampu melengkapi fungsi antara satu sama lain bahkan memberi kesan yang optimum pada kulit wajah.

Tapi, bagi anda yang suka try and error dengan memadankan satu produk dengan produk dari jenama yang berlainan, pastikan kulit kering dan sel kulit mati dihakis terlebih dahulu secara berkala. 

Foto: theballeronabudget.com

Anda perlu skrub wajah secara lembut sebanyak 2 kali seminggu agar setiap produk yang disapu menyerap dengan baik hingga ke dalam pori. Bukan itu saja, aspek paling penting sekali gunalah krim pelindung matahari setiap hari. 

Kalau dah guna produk berlainan jenama, anda juga perlu elakkan daripada:

  • Mencampur pemakaian produk vitamin A dengan vitamin C yang akan membuatkan kulit jadi kering.
  • Mencampur pemakaian produk Retinol dengan AHA yang akan buat kulit jadi radang.
  • Mencampur pemakaian produk Benzoly Peroxide dengan Salicylic Acid yang akan buat jerawat meradang.
  • Memakai pelembap wajah jenis gel yang akan buat kulit sensitif jadi lagi teruk.
  • Menggunakan toner jenis alkohol yang akan buat kulit sensitif jadi lagi teruk.

Kesimpulannya, kalau nak guna produk berlainan jenama kena tahu cara yang betul. Kalau tak, kulit anda makin teruk ataupun produk kecantikan tersebut tidak berfungsi langsung dengan anda. Jaga-jaga!

Sumber: Wanista

tex_admin