Oh Lawa By: Yanie Baharom July 6, 2018 @ 2:30pm

Efisien Rekaan Abaya Sejak Larangan Arab Saudi Terhadap Pemandu Wanita Berakhir

Bebas dan merdeka, itu perasaan yang dirasai wanita Jeddah apabila larangan Arab Saudi terhadap pemandu wanita berakhir.

Pereka fesyen, Eman Joharjy bersama rakan-rakan misalnya, mengambil peluang memandu ke kawasan pesisiran pantai di Jeddah untuk menjalankan aktiviti berbasikal.

Mengenakan pakaian abaya dengan potongan jumpsuit bersulam dan berwarna-warni yang cukup efisien, gaya mereka dilihat menyerlah dalam kalangan para wanita lain yang memakai abaya berona hitam.

Foto: Twitter

Wanita dalam kerajaan konservatif ini kini semakin mendapat kebebasan di bawah agenda reformasi yang diperkenalkan Tengku Mahkotanya, Mohammed Salman.

Putera Mohammed bukan saja mahu membawa perubahan kepada ekonomi negara pengeksport minyak itu, malah menggalakkan keterbukaan dalam masyarakatnya.

Kerajaan Arab Saudi sudahpun membenarkan wanita menyertai pasukan keselamatan, selain tidak lagi memerlukan mereka mendapatkan izin mahram lelaki untuk menjalankan perniagaan.

Foto: Zimbio

Buat masa ini, walaupun mereka sudah dibenarkan memandu kenderaan, mereka masih memerlukan izin untuk berkahwin dan melancong ke luar negara.

Putera Mohammed menyasarkan tempoh dua tahun untuk pelbagai perubahan sosial, termasuk membenarkan semula operasi panggung wayang dan konsert umum.

Kuasa polis agama juga sudah dikurangkan, yang dahulunya berhak menahan mana-mana wanita di jalanan untuk mengarahkan mereka mengenakan pakaian yang lebih menjaga aurat.

Hari ini, menjelang waktu matahari terbenam, ketika kehangatan suhu tanah Arab menurun, para wanita dilihat menjalankan aktiviti riadah di sepanjang kawasan pesisiran pantai.

Foto: TRT World

“Wanita kini lebih bersemangat dengan sokongan kerajaan. Kini kami boleh bersukan. Marilah berubah menjadi masyarakat yang aktif,” ujar Joharjy.

Pada 2007, Joharjy mereka abaya untuk dirinya sendiri selepas kecewa apabila tiada pilihan abaya yang sesuai untuk aktiviti berlari atau berbasikal.

Dia juga menghasilkannya untuk rakan-rakan dan kemudian mula menjual ‘abaya sukan’ tersebut kepada orang ramai sehingga jualan abaya ini mendapat sambutan yang cukup hangat.

Foto: laurenconradhair

Di butiknya, rak-rak penuh digantung dengan pelbagai rekaan abaya berwarna-warni, yang sesuai untuk pelbagai aktiviti termasuk memandu.

Abaya untuk memandu kereta itu mempunyai hoodie (penutup kepala), lengan yang lebih ketat untuk mengelak ia tersangkut pada stereng, dan tidak terlalu labuh pada bahagian kaki bagi memudahkan kendalian pedal. Lebih penting, bagi Joharjy, tiada warna hitam.

“Ini mencerminkan kebebasan dan keinginan untuk menikmati hidup dan memudahkan wanita moden. Lagipun, wanita menyukai warna,” ujarnya.

Beliau optimis bahawa peraturan sosial Arab Saudi yang ketat akan berubah, sekali gus percaya ramai wanita dapat menggayakan variasi jenis abaya.

Foto: culturebox

Sumber: Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 9 Aug 2018
Featured Fri, 10 Apr 2020
Featured Thu, 12 Mar 2020
Oh Lawa Thu, 22 Feb 2018

Tak Perlu Beli Pencuci Khas Untuk Berus Make Up Anda! Hanya Guna Tiga Bahan Ini

Setelah berjaya mekap muka anda sampai flawless, jangan lupa pula untuk jaga aksesori mekap anda, termasuklah berus foundation.

Gaya Hidup Mon, 7 Oct 2019

Gaya 90-an jadi inspirasi rekaan kasut ‘streetwear’ pertama Lacoste

Kekal elegan dengan kasut ‘streetwear’ Court Slam

Featured Wed, 1 Apr 2020
Oh Lawa Fri, 31 May 2019
Oh Lawa Sat, 8 Sep 2018

The White Label Collection Dedikasi Kasih Najla Sarbini Buat Allahyarham Bapanya

Najla Sarbinie mengabadikan nama Allahyarham bapanya itu menerusi rekaan terbaru beliau.

Oh Lawa Fri, 26 Oct 2018

10 Kasut Paling Pelik & Over-The-Top Yang Lady Gaga Pernah Pakai

Dahlah pelik, nak jalan pun susah, nampaknya.