Gaya Hidup By: tex_admin October 7, 2019 @ 9:52am

Gaya 90-an jadi inspirasi rekaan kasut ‘streetwear’ pertama Lacoste

Jalinan gaya retro dengan rekaan yang mengambil semangat fesyen jalanan yang menjadi trend dalam kalangan anak muda Malaysia kini jadi taruhan syarikat pakaian terkenal, Lacoste untuk mengeluarkan Court Slam, kasut streetwear terbaharunya.

Akan mula diperkenalkan pada acara sniker terbesar di Malaysia, Sneakerlah 2019, jenama yang berasal dari Perancis itu ternyata mengambil langkah berani dengan keluar daripada kebiasaan dalam menetapkan konsep produk kasut terbaharunya itu.

Kasut yang terhasil daripada inspirasi kasut sukan tenis ciptaan Lacoste iaitu Tennis 91. Foto: Lacoste Malaysia

Masih setia dengan gaya elegan yang sekian lama menjadi lambang jenama tersebut, rekaan sporti kasut Court Slam yang terinspirasi daripada model ikonik Tennis 91 itu  turut menggabungkan rekaan kontemporari berpandukan gaya hidup sniker masa  kini.

Di samping itu, aspek keselesaan juga tidak dilupakan dengan beberapa ciri rekaan yang pastinya menjanjikan kestabilan dan cengkaman yang lebih kukuh pada kaki pemilik kasut berkenaan:

-Penggunaan kulit pada bahagian luar kasut

-Penggunaan material sued untuk bahagian dalam kasut 

Lubang pada bahagian atas Court Slam menyuntik imej kasual dan sporti terhadap pemakai. Foto: Lacoste Malaysia

 Eksekutif Pemasaran Lacoste Malaysia dan Singapura, Jolyn Tan berkata, langkah syarikatnya dalam mengeluarkan kasut streetwear adalah bertepatan dengan budaya fesyen yang diamalkan oleh masyarakat pada waktu ini.

“Walaupun pasaran fesyen streetwear adalah satu pasaran yang kompetitif, namun syarikat kami melihat ianya sebagai satu peluang yang perlu digunakan dengan sebaiknya dalam usaha untuk melonjakkan jenama kami dalam kalangan jenama streetwear sedia ada.

“Dengan segala pengalaman dan sumber yang ada, kami yakin langkah baharu ini mampu menempatkan syarikat kami sebagai sebuah jenama yang menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat Malaysia,” katanya  mengenai produk terbaharunya itu.

Kasut terbaharu keluaran Lacoste ini dicipta khas untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahu bergaya dengan trend fesyen semasa. Foto: Lacoste Malaysia

Bagi yang berminat, Court Slam ditawarkan pada harga RM479 sepasang dan boleh didapati di butik Lacoste terpilih seluruh negara. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 1 Feb 2018

Nak Basuh Hijab Pun Ada Caranya. Ini 12 Tip Penjagaan Hijab Yang Perlu Anda Tahu

Pelaburan membeli hijab berjenama kegemaran pasti diharapkan berbaloi yang mana item itu boleh disuai padan dengan pelbagai gaya.

Featured Tue, 20 Feb 2018

20 Foto Evolusi Fesyen Rihanna Dari 2005 Hingga Kini, Memang ‘Wow’!

Sejak muncul dengan lagunya Pon de Replay pada tahun 2005, Rihanna telah melakar namanya di arena seni bukan saja dengan lagu-lagu yang meletup, suara yang mantap, stage presence yang ikonik malah dia juga terkenal dengan citarasa fesyennya […]

Featured Fri, 13 Jan 2023

Rapat Dengan Mak Mentua, Puteri Sarah Dedah Sering Kongsi Masalah Bersama

Pelakon cantik Puteri Sarah mendedahkan dirinya sangat akrab bersama ibu mentua, Datin Patimah Ismail. @kedahanfans Mak mentua rapat dengan Puteri Sarah #kedahanfans ♬ Sungguh Aku Mencintaimu – Ricky Rantung Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh […]

Oh Lawa Sat, 13 Oct 2018
Featured Tue, 28 Jan 2020
Gaya Hidup Fri, 20 Dec 2019

Hari Keganasan Terhadap Wanita Sedunia: Apa wanita Malaysia perlu tahu?

Ketahui juga masalah keganasan terhadap wanita di negara lain

Featured Mon, 30 Mar 2020

3 cara untuk menjadikan bibir mungil dan seksi

Tidak perlu buat suntikan bibir!

Featured Wed, 17 Jul 2019