Categories: Oh Lawa

Ibarat Menjinjit Banglo Di Tangan, Ketahui Sebab Mengapa Hermes Birkin Mahal Gila!

Sesiapapun wanita baik fashionista mahupun hartawan dunia pastinya menginginkan untuk memiliki sekurang-kurangnya satu tas tangan Hermes.

Keupayaan memiliki jenama fesyen terkemuka yang berasal dari Paris, Perancis yang ditubuhkan pada tahun 1837 itu menjadi lambang kekayaan dan prestij buat wanita.

Diasaskan oleh Thierry Hermes, jenama ini popular dengan rangkaian produk ‘high-fashion’ seperti barangan kulit bermutu tinggi dan eksklusif, skaf sutera, tali leher serta banyak lagi.

Hermès juga terkenal dengsn beg tangan eksklusif yang menjadi kegilaan ramai wanita serta pencinta fesyen seluruh dunia iaitu Hermes Birkin.

1. Birkin diambil sempena nama pelakon dan penyanyi, Jane Birkin

Foto: elle.mx

Bercakap mengenai edisi Birkin yang dikeluarkan Hermes, sekitar tahun 1983, Jane Birkin, penyanyi dan pelakon asal Britain yang berpangkalan di Perancis duduk di sebelah Ketua Eksekutif Hermes, Jean-Louis Dumas dalam sebuah penerbangan dari Paris menuju ke London. Bermula dari pertemuan itu, idea untuk menghasilkan tas tangan Birkin tercetus.

2. Dilukis atas beg muntah

Jean-Louis Dumas mendapat inspirasi dan melakar reka bentuk asli tas tangan Birkin di atas beg muntah kapal terbang terbabit.

3. Diperbuat secara manual (dengan tangan)

Setiap beg tangan Birkin dibuat dengan tangan. Hanya ada seorang pembuat beg yang akan bertanggungjawab ke atas setiap satu pembikinan tas tangan Birkin. Ia memakan masa 48 jam untuk disiapkan.

4. Koleksi termahal bernilai RM7.56 juta 

Foto: hermes-bag

Dicipta oleh Pierre Hardy juga Pengarah Kreatif untuk barangan kemas di Hermes, Birkin Sac Bijou dibuat sepenuhnya daripada kepingan rose gold  yang disemat dengan 2,712 berlian, di mana nilai bagi sebuah tas tangan ini bernilai RM7.56 juta.

Beg ini dijual pada harga USD1.9 juta dan hanya 3 buah biji saja dihasilkan. Berapakah nilai tas tangan ini agaknya setelah dibida atau dijual semula?

5. Bermanfaat  untuk pelaburan

Menurut laporan portal berita Independent UK pada Mac 2017, sebuah kajian telah dilakukan dan ia mendapati beg tangan Birkin menjadi salah satu pelaburan yang lebih baik daripada stok saham atau emas.

Berikutan permintaan yang kukuh, tas tangan Birkin mempunyai nilai jualan semula yang tinggi di banyak negara, terutamanya di Asia dan boleh menjadi salah satu pelaburan jangka masa panjang yang baik.

Foto: PurseBlog

Sumber : Astro Awani

Yanie Baharom