Categories: Oh Lawa

Ingatkan Ramen Samyang, Rupanya Inilah Koleksi Makeup Tony Moly Yang Baharu!

Berita baik untuk anda yang suka makan Ramen Samyang yang super pedas! Sekarang ia bukan saja hadir dalam bentuk mi segera, malah telah diilhamkan dalam bentuk kosmetik pula!

Jenama terkenal Tony Moly telah berkolaberasi bersama Samyang dalam menghasilkan koleksi makeup edisi terhad yang terdiri daripada Hot Coverdak Cushion, Noodle Blusher, Lip Care Stick dan Lip Sauce Tint. Menariknya, kotak pembungkusan kosmetik ini sungguh unik iaitu berupa paket Samyang.

Lip Sauce Tint dan Noodle Blusher dibungkus dalam paket Samyang berperisa Cheese, Karbo dan Hot Chicken. Manakala, Hot Coverdak Cushion pula dibungkus dalam paket Samyang berbentuk cawan. Memang lain daripada yang lain!

Untuk pengetahuan anda, semua koleksi Samyang x TonyMoly ini hanya dijual dan diedarkan di cawangan Tony Moly sekitar Korea sahaja.

Tapi, jika anda berminta, boleh juga membuat pembelian menerusi atas talian di Shopee. Harga untuk setiap satu unit dari koleksi edisi terhad ini tidak melebihi RM70. 

Jangan risau, tak pedas pun! 

Sumber: Daily Vanity & Allure

tex_admin