Oh Lawa By: Ad Ops November 8, 2018 @ 3:00pm

Inilah Kenapa Facial Toner Perlu Menjadi Sebahagian Daripada Rutin Penjagaan Kulit Anda

Jika anda mengikuti perkembangan industri penjagaan kulit moden, anda mesti tahu yang anda tak boleh bergantung kepada sabun pencuci muka saja untuk bersihkan kulit.

Memang boleh, tapi untuk dapatkan prestasi kulit yang optimum, ada banyak lagi produk yang anda perlu gunakan selepas mencuci dengan cleanser, seperti serum dan krim pelembap.

Satu produk yang ramai orang tak anggap penting adalah toner. Tak dapat dinafikan lagi yang produk ini perlu dimasukkan dalam sesuatu rejim penjagaan kulit jika anda inginkan kulit yang sihat, cukup hidrat dan muda untuk jangka masa panjang.

Apa itu toner?

Produk ini selalunya digunakan sebaik saja anda habis mencuci muka dengan cleanser. Apakah fungsinya?

Ini perumpamaannya: bila anda nak basuh pinggan, anda akan basahkan dulu span sebelum meletakkan sabun cecair di atasnya, kan?

Ini adalah kerana sesuatu benda itu akan meresap cecair lain dengan lebih mudah apabila ia basah. Samalah dengan kulit kita.

Supaya semua produk lain seperti serum, facial oil dan moisturizer dapat meresap melalui kulit kita dengan lebih efektif, kita perlu hydrate kulit kita terlebih dahulu dengan betul. Inilah tugas toner.

Dah faham kenapa anda perlukannya? Sekarang anda perlu tahu jenis toner yang mana yang sesuai dengan kulit anda. Bukan semua jenis pun boleh anda pakai, okay!

Untuk kulit kering dan kombinasi

Jika inilah keadaan kulit anda, anda perlu cari toner yang melembapkan. Kalau boleh cari yang ada ciri-ciri “moisturizing”, “hydrating” atau “revitalizing”.

Minyak essential dan ramuan yang menghidrat dan melegakan seperti aloe, chamomile, calendula, lavender dan ros memang bagus untuk anda.

Untuk kulit berminyak, normal atau sensitif

Jika kulit anda padan dengan kategori di atas, cari toner yang melegakan serta mengimbangkan kadar pH. Ramuan anti-bakteria dan sedikit “tajam” seperti aloe, sage, lavender, tea tree, asid salicylic dan witch hazel akan bantu mengimbangkan kulit dan kurangkan lebihan minyak.

Untuk kulit mudah berjerawat, tua dan kusam

Produk yang exfoliate atau “menggelupas” akan bertindak dengan bagus terhadap jenis-jenis kulit ini. Ramuan seperti minyak tea tree, teh hijau, minyak bija seed dan cica akan tolong melegakan dan detox kulit anda.

Lepas ini, jika anda belum lagi tambahkan toner ke dalam rutin skincare anda, cepat-cepat beli! Gerenti kulit anda lebih nampak lebih berseri.

Sumber: Soompi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 31 May 2018

Kempen ‘Jakel Barulah Raya’ Tampilkan Koleksi Raya Daripada Duta Selebriti Terkenal

Anggunkan lagi penampilan Syawal anda dengan koleksi lebaran daripada Jakel.

Oh Lawa Wed, 24 Jan 2018

AliffbySha V Inspirasi 5 Wanita Hebat

Selepas kejayaan memberangsangkan menerusi kolaborasi AliffbySha X GoHalal, jenama tudung AliffbySha kini memperluaskan empayar tudungnya dengan berkolaborasi bersama lima wanita hebat daripada pelbagai bidang.

Oh Lawa Tue, 29 Jan 2019

5 sebab anda perlu guna produk penjagaan kulit yang mengandungi Squalane

Bahan ini sangat versatil dan berkuasa tinggi!

Oh Lawa Tue, 25 Dec 2018
Oh Lawa Tue, 13 Feb 2018

5 Jenis Makanan Ini Bantu Kurangkan Masalah Kulit Secara Semulajadi

Ramai wanita beranggapan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan putih berseri, mereka mestilah memakai skincare yang berjenama dan mahal.

Oh Lawa Mon, 10 Jun 2019

Cara memakai setiap produk penjagaan kulit untuk dapatkan hasil terbaik

Pedap atau gosok – teknik mana yang tidak merosakkan kulit?

Oh Lawa Wed, 17 Jan 2018

8 Kesalahan Fesyen Mesti Elak

Ada jurang yang memisahkan antara fashionista dengan fashion crime atau jenayah fesyen. Jenayah fesyen membuat kesalahan fesyen dalam usaha menjadi fashionista, ironi kan? Tapi apa itu kesalahan fesyen? Kami senaraikan 8 daripadanya: 1) Fashion statement […]

Oh Lawa Tue, 23 Oct 2018

Jika Mahu Jadi Model Kerana Mengejar Populariti, Lupakan Saja – Supermodel Tinie

Tinie masih lagi menyengat di pentas peragaan walaupun di usia 40-an!

Oh Lawa Fri, 23 Feb 2018

Jom Tengok 20 Trend Bulu Kening Pelik Yang Viral Di Instagram, No. 6 Macam Keris!

Kalau anda ingat makeup anda dah cukup vass, cuba tengok style-style makeup artist mat salleh di Instagram. Lagi advance!