Oh Lawa By: Ad Ops June 10, 2019 @ 10:00am

Cara memakai setiap produk penjagaan kulit untuk dapatkan hasil terbaik

Rangkaian penjagaan kulit untuk wanita semakin berkembang pada zaman moden ini.

Sekadar pembersih, penyegar (toner) dan pelembap sahaja tidak mencukupi. Anda perlu juga menambah pemakaian pati, serum dan krim mata ke dalam rutin kecantikan anda. Barulah rupa tampak sempurna dan ‘flawless’!

Tetapi tahukah anda cara untuk memakai setiap satu daripada produk ini? Mana yang sesuai – gerakan menyapu formula pada kulit atau memedap, iaitu memudahkan penyerapan? Tidak semestinya semua sama kerana kulit anda boleh terjejas.

Jika anda tidak pasti, sila semak maklumat di bawah, seperti yang dikongsi Harper’s Bazaar.

1. Pembersih muka (cleanser)

Teknik:

  • Lembutkan kulit dengan membasahkan muka dengan air suam terlebih dahulu.
  • Gosok dengan hujung jari dalam gerakan membulat, dari dahi ke leher.
  • Sekiranya formula produk anda berasaskan krim, losen atau minyak, gosokkan selama 30 saat untuk mencairkan minyak dan sel kulit mati.
  • Sekiranya produk anda berasaskan foam atau gel, gunakan jari untuk menggosok pada kulit yang lembap hingga buih terbentuk.
  • Amaran: Jangan menggosok terlalu lama jika ia mengandungi ramuan aktif seperti sulfur dan benzoil peroksid (benzoyl peroxide).

Tip:

  • Jangan guna kain pembersih muka kerana ia akan meresap lebih banyak formula daripada yang diperlukan, lalu mengakibatkan pembaziran.
  • Selepas membersih, bilas dengan air suam (jangan terlalu panas!). Kemudian basuh muka sekali lagi dengan air sejuk untuk menegangkan kulit.

2. Pupur

Teknik:

  • Ratakan pada seluruh bahagian muka selepas melakukan teknik pengelupasan (exfoliation’) Tidak perlu menggosok.

Tip:

  • Sesetengah produk mengandungi ramuan aktif, jadi anda tidak patut menggunakan jari.
  • Menggunakan jari juga boleh menyebarkan bakteria ke dalam formula yang didatangkan di dalam bekas kerana bakteria boleh tersebar. Sebaliknya, gunakan spatula atau sudu kecil yang diberikan.

3. Pati muka (essence)

Teknik:

  • Jangan gunakan kapas – produk anda akan terbazir. Sebaliknya gunakan jari dan pedapkan formula pada kulit hingga ia meresap.

Tip:

  • Alternatif yang lebih mudah adalah dengan memindahkan formula ke dalam botol semburan dan semburkan ke muka.

4. Penyegar

Foto: Inspectioncompany

Teknik:

  • Tuangkan sedikit formula (sebesar syiling 50 sen lama) pada satu tapak tangan. Dengan jari pada tangan satu lagi, ambil dan pedapkan pada muka dan leher.
  • Teruskan hingga formula meresap penuh. Teknik ini menjana peraliran darah pada muka dan menggalakkan kulit anda untuk meresap formula pada masa akan datang.
  • Alternatif lain adalah dengan meletakkan formula pada tapak tangan dan terus pedap pada kulit. Satu lagi teknik ialah semburan yang rata.
  • Sesetengah orang memilih untuk menggunakan kapas, tetapi anda akan membazirkan produk sahaja. Ikut cita rasa anda, ya.

Tip: Ada orang kata, biarkan formula meresap selama tiga minit. Sebenarnya beberapa saat pun sudah mencukupi.

5. Pelembap

Teknik:

  • Sapu dan urut dari dasar leher ke atas untuk menjana peraliran darah. Gerak ke rahang, dari dagu ke telinga dan kemudian ke tulang pipi dan pelipis. Lakukan teknik ini dua kali sebelum bergerak ke dahi.
  • Alternatif lain adalah dengan meletakkan formula pada kedua-dua tapak tangan dan menggosokkannya untuk mempanaskan formula berkenaan. Kemudian baru pedapkan pada kulit.

Tip:

  • Sapu apabila kulit anda masih lembap (dan bukan basah, ya!) selepas pemakaian penyegar. Pelembap akan meresap dengan lebih efektif jika kulit anda terhidrat.

6. Serum

Teknik:

  • Gunakan jari untuk menyapu dan menekan pada kulit muka. Selebihnya, sapukan sedikit pada leher.
  • Mula dari bahagian tengah muka ke luar supaya anda tidak meninggalkan formula di garisan rambut.

Tip:

  • Guna serum selepas memakai membersih muka dan menyapu toner, dan sebelum menggunakan krim pelembap.
  • Apabila menggunakan produk baharu dengan ramuan aktif, mulakan dengan kuantiti yang sedikit terlebih dahulu.
  • Anda boleh menyapu lebih daripada satu lapisan formula, terutamanya di kawasan yang bermasalah dan berkedut.
  • Anda tidak perlu fokus di leher kerana kulit di situ lebih nipis dan selnya kurang, lalu ia tidak akan tahan produk yang terlalu banyak.

7. Krim mata

Foto: Eye Serum

Teknik:

  • Pedapkan dengan jari manis di sekeliling soket mata, iaitu di tulang bawah bulu kening, dan bahagian atas tulang pipi dengan rata.
  • Kemudian, bermula pada tulang hidung, pedapkan ke arah bucu mata luar, sebelum menyapu di bawah mata ke titik permulaan tadi. Ulang sebanyak tiga kali untuk setiap mata.
  • Amaran: Jika produk anda mengandungi retinol, jangan sapu pada kelopak mata atau mana-mana yang berdekatan dengan bulu mata bawah.

Tip:

  • Jangan takut untuk tekankan jari apabila memakai krim ini. Teknik ini menjana peraliran darah dan membantu formula untuk meresap, serta mengurangkan bengkak.

8. Losen

Teknik:

Jika anda rasa kulit anda kekeringan, gunakan hujung jari untuk mempedap dan menekankan losen ke dalam bahagian yang terjejas.

Gunakan teknik-teknik yang dikongsikan di atas untuk mendapatkan hasil yang efektif! Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 8 May 2018

28 Foto Gaya Fesyen Selebriti Barat Yang Pelik-Pelik Di Acara Met Gala 2018

Met Gala dianggap sebagai upacara fesyen terbesar di Amerika kerana tetamunya memperagakan fesyen yang luar biasa dan avant-garde.

Oh Lawa Wed, 21 Nov 2018

Aksesori Hidung Ini Memang Cantik & Unik. Sesuai Untuk Anda Yang Berhidung Pesek!

Rekaan aksesori ini diinspirasikan melalui keindahan pelbagai suku kaum. 

Featured Mon, 16 Mar 2020
Oh Lawa Wed, 7 Mar 2018

Ketahui Teknik Lukisan Eyeliner Mana Yang Paling Sesuai Untuk Bentuk Mata Anda

Pemakaian eyeliner memang menjimatkan masa dan senang, tapi lagi cantik kalau dipakai dengan betul.

Oh Lawa Thu, 14 Feb 2019

5 tip penjagaan mutiara agar tetap kekal mewah! 

Pemakaian mutiara dipadankan dengan busana indah, sememangnya tampak cukup elegan. 

Oh Lawa Tue, 11 Dec 2018

Tip Memilih Moisturizer Yang Betul Untuk Wajah

Moisturizer yang tidak sesuai dengan jenis kulit boleh menyebabkan wajah breakout.

Featured Sun, 17 May 2020
Oh Lawa Tue, 16 Oct 2018
Featured Thu, 28 May 2020
Oh Lawa Fri, 9 Nov 2018

Choose The Right Wedding Dress For Your Body, Barulah Perfecto!

Ladies, bukan busana pengantin yang mahal kamu perlukan. Akan tetapi potongan yang sesuai bentuk tubuhmu.