Categories: Oh Lawa

Jom belajar cara mendandan berinspirasikan rambut ‘Khaleesi’ Daenerys Targaryen

Siri fantasi popular Game Of Thrones yang ditayangkan di saluran HBO kini kembali untuk musim kelapan! Khabarnya ini juga adalah musim terakhirnya.

Bagi anda yang mengikutinya, anda mesti tahu bahawa ia bukan sahaja diserikan dengan watak yang meninggalkan impak, tetapi ia juga mempamerkan gaya penampilan yang mengagumkan serta ikonik!

Selain fesyen, gaya rambut pun turut menarik perhatian, terutama sekali stail yang ditampilkan oleh watak Daenerys Targaryen. Dandanannya tampak rumit sekali.

Foto: Harper’s Bazaar

Tetapi jika anda ingin meniru salah satu daripada gaya rambut ini, tiada masalah! Kini terdapat bermacam tutorial di dalam Internet yang anda boleh ikuti.

Menerusi akaun Instagramnya, Justine Marjan berkongsi cara untuk mengikat salah satu dandanan yang Daenerys pernah gayakan.

Anda hanya perlu tahu mengikat dandan biasa, manakala satu alat yang anda perlukan ialah penyembur rambut yang mampu mengekalkan bentuk hasil dandanan.

Dandanan ini pasti akan menambah seri kepada rupa penampilan anda. Jom cuba!

Sumber: Popsugar

Ad Ops