Categories: Oh Lawa

Jubah Do’s & Don’ts

Jubah adalah item fesyen perlu ada untuk Muslimah. Ringkas, mudah disarung dan versatil untuk pelbagai acara. Namun, ada beberapa pertimbangan perlu dibuat dalam memilih jubah agar anda tidak terlihat canggung dalam kesopanan.

Do’s

1.Warna hitam atau earth tone

Warna yang dikelaskan selamat seperti hitam, coklat, kelabu serta warna setona dengannya dianggap paling sepadan untuk jubah. Tidak terlalu menjerit dan kekal sederhana selain relevan dengan banyak acara dihadiri.

2. Detailing minimal

Potongan jubah yang biasanya longgar dan selesa membuatkan siluetnya kelihatan besar dan ‘berat’. Hadkan perincian pada paling minimum untuk mengelakkan anda terlihat sarat dalam berpakaian.

Bella Ammara

3. Jubah abaya + kasual = New hijabi chic

Jubah abaya yang dipakai sebagai cardigan dan digayakan dengan pakaian kasual menggabungkan dua gaya dalam satu. Keseimbangan dalam dua gaya ini menekankan versatility Muslimah fesyenista.

Don’ts

1. Jubah lycra is a big NO

Fabrik lycra yang memeri membuatkan jubah mengikut bentuk badan, sekaligus menafikan fungsi sebenar jubah untuk terlihat sopan dan sederhana. Namun, jika terpaksa, pilihlan  satu atau dua saiz lebih besar.

2.Prints dan motif over-the-top? Nay

What do we call large floral motives with shocking colors jubah? A walking Chrismas tree! Maksimakan motif kepada sesuatu yang subtle dan tidak keterlaluan.

3. Aksesori berlebihan

Trik dalam bergaya adalah dengan kreatif tapi tidak mengetepikan identiti sendiri serta look yang mahu ditampilkan. Pilih bahagian mana yang mahu diberi penegasan, contohnya gelang saiz dempak atau tas tangan rona neon menarik pandangan.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

Ad Ops