Categories: Oh Lawa

Ketahui Tanda-Tanda Produk Kecantikan Yang Tidak Elok Pada Kulit Anda

Kalau kita lihat ramai wanita menginginkan kulit wajah yang putih, bersih dan gebu. Disebabkan itulah terdapat lambakan produk-produk kecantikan dijual di pasaran dan ternyata mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Tapi tahukan anda, tidak semua produk kecantikan yang anda ingin gunakan atau sudah digunakan itu bagus untuk kulit wajah anda. Hal ini kerana, terdapat produk kecantikan yang akan menimbulkan risiko yang berbahaya kepada kulit anda.

Jom ketahui reaksi kulit anda daripada kesan penggunaan produk yang tidak sesuai dan merisikokan kesihatan kulit anda.

Foto: The Conversation

1. Kulit terasa panas

Apabila anda menggunakan sesuatu produk kecantikan dan merasakan kulit mula terasa panas ia disebabkan produk tersebut tidak ‘bekerja’ pada kulit wajah anda.

Rasa panas boleh menimbulkan iritasi yang lebh berisiko dan menimbulkan radang (kemerah-merahan). Sebaiknya anda hentikan pemakaian produk tersebut!

2. Kering dan kusam

Kalau anda nak tahu sesetengah produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan sangat bagus untuk melembabkan kulit tapi hasilnya kulit jadi semakin kering dan kasar.

Begitu juga dengan penggunaan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat daripada bahan sodium hidrosikda yang banyak.

3. Kulit jadi lebih sensitif

Kalau anda perasan, apabila anda berada di luar dengan cuaca yang panas kulit wajah anda bertukar menjadi kemerahan. Ianya kemungkinan kesan daripada penggunaan skin care yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A).

Hati-hati ya sebab produk yang mengandungi bahan ini akan menjadikan kulit wajah anda lebih sensitif dengan sinaran matahari.

4. Menggelupas

Ramai yang berpendapat kulit yang menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baharu atau bersalin kulit. Tapi, tahukah anda, lapisan kulit yang pertama amat penting bagi melindungi kulit daripada terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Selain itu, pengelupasan ini akan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis.

Sekiranya anda mengalami reaksi kulit seperti yang penulis senaraikan di atas, penulis nasihatkan supaya anda berhenti daripada menggunakan produk kecantikan tersebut. Jangan biarkan kulit terus rosak, kesannya diri sendiri juga yang akan menderita. Apa yang penting sebelum menggunakan sesuatu produk dapatkan nasihat doktor yang lebih pakar.

Sumber: Wanista

tex_admin