Categories: Oh Lawa

Kylie Jenner dan Adidas berkolaborasi hasilkan koleksi pakaian sukan untuk anak muda

Hampir semua wanita tahu bahawa selebriti terkenal, Kylie Jenner ialah pemilik empayar barangan solekan Kylie Cosmetics.

Pada masa sama, peniagawati popular ini juga pernah bekerjasama dengan tujuh syarikat lain untuk menghasilkan koleksi bersama.

Beliau menambah satu lagi kolaborasi ke dalam senarai berkenaan, kali ini dengan jenama pakaian sukan terkemuka, Adidas.

Baru-baru ini, Kylie ada berkongsi gambar mengenai kerjasama menghasilkan pakaian sukan ini menerusi Instagram Story.

Ketika mencipta koleksi pakaian sukan yang dinamakan Reveal Your Voice ini, Kylie berkata dia mendapat inspirasi daripada Lip Kit kegemarannya yang juga salah satu produk keluaran  Kylie Cosmetics. Dinamakan Shady, Lip Kit ini menggabungkan warna biru dan ungu lavender.

Rona gabungan biru dan ungu lavender ini menghiasi kebanyakan item pakaian dalam koleksi Adidas ini, seperti kemeja T berpoket, hoodie serta kasut sneakers Falcon yang beliau reka.

Warna lain yang turut digunakan sebagai pelengkap ialah biru langit, hitam dan putih.

Pihak Adidas ada berkongsi sebab kenapa Kylie dipilih untuk mereka sneakers Falcon miliknya sendiri.

 

“Falcon sinonim dengan ciri personaliti yang berani, yakin dan tegas. Kami merasakan Kylie berfikiran sebegini sebagai seorang peniagawati yang sentiasa menyahut cabaran.

“Kami meraikan semangat juangnya dengan mencuba memperbaharui evolusi Falcon untuk 2019, serta memperkenalkan koleksi pakaian sukan yang sama kuat,” kata wakil medianya.

Anda boleh lihat sendiri koleksi pakaian jalanan yang menampilkan 15 item terdiri daripada seluar sukan hinggalah kepada kasut.

Lihat koleksi penuh di sini.

Sumber: Seventeen

Ad Ops